SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

21 November 2009

SIRI LAWATAN KERJA DIPARLIMEN SIK - 10

Posted by onesik at 12:40 PM
Sebagai tanggungjawab utama, saya meneruskan siri lawatan kerja bagi mengatasi setiap masaalah yang dihadapai oleh seluruh rakyat di Parlimen Sik sekiranya ada dalam pengetahuan saya.  Dan seboleh0bolehnya saya akan bersegera samada turun terus ketempat-tempat yang diadukan atau akan mengatasi setiap permasaalahan rakyat melalui saluran-saluran lain yang sesuai dengan satu matlamat iaitu cuba sebaik mungkin mengarasi setiap masaalah yang disampaikan kepengetahuan saya sepantas yang boleh, InsyaAllah.


 Saya sedang menandatangani borang bantuan bencana oleh FELCRA
(diwakili oleh Encik Shahrin dan Encik Jamil, selaku wakil FELCRA Belantik)
dirumah pengerusi JKKP Kampong Kuala Temin, Pak Ndak Mat.  Turut hadir
ialah pembekal bahan binaan, Encik Khalid.

 
 Sedang mendengar taklimat sebelum pergi menemui
dan memberi bantuan segera kepada warga emas yang juga ibu tunggal,
Rokiah Binti Awang Kechik.  Turut hadir ialah Ketua Penerangan UMNO Bahagian,
Bendahari UMNO Bahagian, Ketua Pemuda yang juga Penyelaras DUN Jeneri
lain-lain AJK Bahagian dan turut serta ialah Naib Ketua Pemuda Bahagian,
Encik Aznan Abdullah.


 
Bumbung rumah  ini melayang ditiup angin ribut 2 hari yang lepas,
di Kampung Seri Temin dalam DUN Jeneri .


 
 Saya sedang berdiri membelakangi kepingan
bumbung zing yang rosak kerana diterbangkan angin ribut.

 
Bantuan segera disalurkan kepada  mangsa ribut

 
 Bukan setakat dua-tiga keping bumbung Zing, tetapi juga
kayu, paku dan juga bahan lain lengkap diberi juga
unttuk membolehkan kerja pembaikan dilakukan
tanpa gendala.

 


 
 Saya singgah kekedai membaiki motosikal ini sambil memberi
perangsang dan penerangan mengenai bantuan dana
yang ada sekiranya pemilik kedai membaiki
motosikal ini ingin mengembangkan perniagaan beliau.

 
(Atas dan Bawah)
Bantuan kepada mangsa-mangsa banjir

 
 Encik Hassan bin Aya, Kampung Kuala Temin.

 
 Meneliti keadaan longkang yang rosak teruk akibat
dirempuh oleh arus air yang deras diKampung Gajah Putih,
bersama-sama dengan pegawai
dari JASA dan juga Pejabat Pembangunan Negeri

 
 Titi Sungai Berok juga mengalami kerosakan tebing
akibat rempuhan air yang deras.

 
 Saya juga diminta singgah disatu kedai kopi oleh masyarakat setempat
untuk membincangkan mengenai kilang memperoses serai mereka disitu.
Seperti biasa saya boleh dimana sahaja berbincang tentang permasaalahan
rakyat Sik supaya ianya dapat segera diselesaikan.

 


 Sedang menziarahi Pak Joe(Johari) yang sedang sakit.
Beliau adalah Setiausaha UMNO cawangan Kampung
Sena, merangkap setiausaha JKKP Kampung Sena.
Sumbangan tunai dan  makanan juga dihulur bagi meringankan
beban yang keluarga beliau tanggung.



1 comments on "SIRI LAWATAN KERJA DIPARLIMEN SIK - 10"

Anonymous said...

mohon perhatian yg lebih kepada pengundi di Kg. Kuala temin...

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez