SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

30 January 2010

TINDAKAN PANTAS UMNO BAHAGIAN SIK

Posted by onesik at 3:07 PM

 Dari Utusan Malaysia:

Khatijah mangsa kebakaran lega dapat rumah baru


MOHD. TAJUDDIN Abdullah (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban Khatijah Shaari setelah rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Hujung Bandar, Sik, Kedah, kelmarin.


SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat hasil sumbangan orang ramai yang prihatin.
Jika semalam, Khatijah Shaari, 56, dan anak-anaknya, Mohd. Hizwan Osman, 22, Nurul Izati, 21, dan Mohd. Haris, 16, kelihatan sugul dan murung, hari ini keriangan terpancar di wajah mereka.
Lebih menggembirakan, empat beranak itu kini dapat menarik nafas lega apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) bersetuju membina rumah baru kepada mereka dalam tempoh terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Belantek, Mohd. Tajuddin Abdullah berkata, rumah baru bernilai RM33,000 itu diluluskan melalui peruntukan khas Kerajaan Persekutuan hasil lawatannya dan beberapa pegawai agensi di tempat kejadian semalam.
"Kita mengambil tindakan serta-merta selepas mendapat tahu musibah yang menghadapi keluarga ini. Rumah baru ini akan dibina di tapak asal.
"Selain kelulusan membina rumah, UMNO Bahagian Sik dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menghulurkan bantuan daripada segi makanan, tempat tinggal sementara dan kewangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi semalam, suami kepada Khatijah bertindak membakar rumahnya sendiri serta lima buah kereta dan dua motosikal jirannya selepas dikatakan mengalami tekanan emosi.
Lelaki berusia 57 tahun tersebut turut mengamuk dengan menggunakan parang selain cuba mencederakan dua orang anaknya.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana semasa kejadian Khatijah dan anak-anak pasangan itu sempat melarikan diri.
Mohd. Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik berkata, pihaknya akan meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan tanpa mengambil kira latar belakang politik, agama dan kaum di kawasan tersebut.
"Mana-mana pihak yang menghadapi kesulitan, bolehlah menghubungi saya ataupun pemimpin masyarakat setempat. Kita akan membantu sedaya upaya," katanya.
Sementara itu, Khatijah ketika ditemui pemberita berkata, dia bersyukur kerana Mohd. Tajudin dan Keda sudi memberi peruntukan bagi menggantikan rumah asalnya itu.
"Selepas kejadian semalam, saya berasa amat buntu kerana tidak pasti di mana akan tinggal.
"Namun selepas perkara ini dibawa kepada Mohd. Tajudin dan dipanjangkan kepada Keda, ia diluluskan dengan segera.
"Saya kini boleh menarik nafas lega kerana ada pemimpin yang sudi buat rumah baru ini," katanya.

0 comments on "TINDAKAN PANTAS UMNO BAHAGIAN SIK"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez