SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

13 February 2010

GONG XI FA CAI

Posted by Detguaq at 10:48 PM

Laungan "Kong chee, Kong chee, Kong Hee Fatt Choy menenggelami pekan Sik Dalam, Pekan Sik, Pekan Batu Lima dan beberapa tempat di mana terdapat kaum Tionghua tinggal dalam Parlimen Sik.  Seawal pukul 10 pagi pasukan AJK UMNO Bahagian Sik yang di ketuai oleh saya dan di iringi oleh Yang Berbahagia En. Johnny Saw Heng Giap, Ketua Bahagian MCA Sik bergerak dari rumah ke rumah dan juga dari kedai ke kedai kaum Cina  yang terkejut menerima kunjungan kami.  Ini kerana pihak kami tidak memaklumkan dengan lebih awal kerana sememangnya saya sememangnya ingin memberi kejutan kepada mereka.






Namun rata-rata kehadiran rombongan kami ternyata mendapat sambutan mesra lagi hangat kerana kesemua rakyat Sik keturunan Cina boleh di katakan mengenali saya secara rapat.  kami bukan sahaja kenal-mengenal, tetapi boleh di katakan hubungan kami lebih menjurus kepada seorang sahabat dengan sahabat yang lain, kerana saya juga dari bidang yang sama sebelum menceburi politik sepenuh masa.  Bidang perniagaan membuatkan saya satu ketika dahulu sering bertemu dengan rakan-rakan dari kaum Tionghua bagi berbincang dan berkongsi ilmu perniagaan sehinggalah kini hampir kesemua mereka berkongsi tujuan politik yang sama dalam barisan Nasional.































Sehinggalah selesai dalam kiraan saya melawat sejumlah 135 buah premis keseluruhannya di mana pada setiap lawatan saya tidak lupa memberikan buah tangan seperti limau di tambah dengan 'Yee Sang' untuk warga emas mereka.

0 comments on "GONG XI FA CAI"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez