SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

10 August 2010

Farizzuan Meninggal di Hempap Pokok.

Posted by onesik at 2:55 AM

Selepas menziarahi kematian cicit kepada Mak Jam saya ke  hospital untuk melihat keadaan mayat seorang remaja berusia 16 tahun yang meninggal akibat di hempap poko tumbang.   Remaja berkenaan, Muhammad Farizzuan bin Mohammad Yusof yang berasal dari Kampung Belantek di maklumkan oleh sahabat beliau yang turut bersama di saat-saat akhir seketika kemalangan berkenaan berlaku telah di timpa pokok yang tumbang yang menghrmpap tepat di kepala beliau yang mendatangkan kecederaan parah dan di percayai meninggal serta-merta.
Farhan Bin Abu Yamin

Mohd Ridzuan
Mohd Azlan Abd Rani

Sebelum ini Farizzuan tidak pernah mahu ikut serta tiap kali tiga orang kawan-kawan beliau masuk ke dusun buah-buahan milik bapa slaah seorang dari mereka untuk mencari buah.  Tetapi dek kerana ajalnya telah di takdirkan Allah, maka terdetik untuk beliau mengikuti kawan-kawan untuk mencari buah-buahan, kerana sekarang ini adalah musim buah-buahan tempatan seperti durian, langsat, dokong, manggis, kelubi dan salak.  Pada mulanya mereka hendak mencari buah manggis untuk di makan, tetapi manggis pada pohon yang pertama belum masak walaupun buahnya telah tua menyebabkan mereka beredar untuk mencari di pohon yang kedua, malangnya pada pohon yang kedua ini juga buah manggis yang ingin di jamah belum masak lagi seperti buah pada pohon yang pertama dan kerana janji Allah juga  maka mereka menuruni bukit yang bercerun untuk menghampiri tebing sebuah paya yang terdapat buah kelubi dan salak.  Dia di hadapan sekali ketika menuruni cerun yang menuju ke paya berkenaan di mana dengan tiba-tiba datang angin yang agak kuat lalu menyebabkan sebatang pokok yang kebetulannya sudahpun di takek pangkalnya, menyekah lalu tumbang menghermpap tepat di kepala beliau tanpa sempat di elak, manakala tiga lagi sahabat-sahabat beliau yang mengekori sempat mengelak dari maut yang datang menjemput.







 Meninjau keadaan mayat di bilik forensik
 Bersama dengan salah seorang  waris Allahyarham.
 Dari hospital Sik, selepas singgah di rumah Mak Jam, selesai
sembahyang jenazah sya terus ke Belantek.




 Jiran-jiran sedang menyediakan pengusung untuk 
mengangkat jenazah Allahyarham
 Semapt bertahlil bersama rakyat yang datang kerumah
keluarga Allahyarham.

1 comments on "Farizzuan Meninggal di Hempap Pokok."

Anonymous said...

sahabat saya ney yb..

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez