SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

21 August 2010

Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia Fasa 1 Peringkat Parlimen Sik

Posted by Detguaq2 at 2:49 PM

Alhamdulillah, akhirnya pelajar-pelajar dari Sik  mendapat habuan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang di salurkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) berbetnuk netbook 1Malaysia.






Untuk peringkat ini, sebayak 600 buah dari 1500 buah mini netbook di agih-agihkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah sebagai alat sokongan untuk mereka membiasakan diri dengan komputer.  Saya berharap segala kerja persekolahan mereka akan lebih bersistematik dengan adanya netbook ini, kerana melalui medium ini, segala kerja sekolah mereka dapat mereka lakukan terutamanya yang berbentuk dokumentasi seperti folio dan persembahan dokumentasi dengan bersistem melalui sitem 'filing'.








Sudah tentunya pencarian kerja sekolah mereka akan lebih teratur dan lancar dengan menggunakan komputer ini.

**Dalam majlis yang sama saya telah melancarkan satu akaun facebook bertujuan untuk membuka dan menyediakan ruang untuk pelajar-pelajar di daerah ini khasnya dan daerah-daerah lain yang berhampiran amnya untuk mereka menjadikan tapak ini tempat untuk mereka berkenal-kenalan secara positif dan juga bertukar-tukar pendapat, pandangan dan maklumat mengenai pelajaran atau secara ringkasnya saya namakan ia pengkalan ilmu.  Akaun facebook berkenaan saya namakan Kelab Netbook 1Malaysia Daerah Sik yang mana akaunnya ialah Kelab Netbook dan akaun organisasinya ialah Kelab Netbook 1Malaysia Daerah Sik.  Pelajar-pelajar boleh menjadi ahli di dalam kedua-dua akaun berkenaan.  SELAMAT BERJAYA!

6 comments on "Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia Fasa 1 Peringkat Parlimen Sik"

Mosal said...

Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah memberi sumbangan netbook kepada penduduk-penduduk Daerah Sik. Ini memudah dan menyenang anak-anak kita dalam urusan pembelajaran. Secara tidak langsung meningkatkan tahap pembelajaran mereka. Namun, untuk anak-anak gunakanlah kemudahan yang diberikan ini sebaik mungkin.

Anonymous said...

Dia berkata, setiap pemilik netbook perlu membayar caj pengguna jalur lebar RM11.20 bagi enam bulan pertama, manakala bulan berikutnya akan dinaikkan kepada RM25 sebulan.
RM11.20 X 6 = 67.20
RM25 X ? = ?
( Jangan tak bayar udah leerr )

“Namun perkara penting, penerima dilarang sama menjual netbook yang diterima serta menyalahgunakan kemudahan itu,” katanya

Salahguna tu maksudnya macamana ek?

Mosal said...

Salahguna apa maksud? Apa pasal tak tanya semasa majlis penyerahan netbook hari tu?

detguaq3 on August 23, 2010 at 6:59 AM said...

Salah guna?

Tentulah ianya berkaitan dengan perkara-perkara negatif dalam hidup. Gerak hati dan lintasan kalbu boleh menafsirkan apa itu salahguna. Kepada pelajar-pelajar, Allah beri qalb, jadi kita jangan salahguna fungsi kalbu(Qalb)untuk menjadikan netbook yang kita dapat secara percuma dengan menyalahgunakan ia...

Anonymous said...

betui ka detguag percuma, aku tak sedap ati lah,
betul ka percuma ni, hang biaq betui detguag

Mosal said...

Anak-anak dok tanya macam mana cara nak dapat netbook tu. Kena jumpa sapa? Apakah syarat-syaratnya?

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez