SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

16 August 2010

Mesyuarat Bawah Pokok Cenerai

Posted by Detguaq2 at 12:44 AM
Siapa kata mesyuarat perlukan tempat yang selesa dan berhawa dingin?  Kalau demi dan untuk rakyat yang memerlukan jawapan dan tindakan segera, di bawah pokok ceneraipun boleh di buat keputusan segera kerana bagi kes kecemasan seperti yang berlaku di Sungai Semeliang dan beberapa kampung lagi, tidak sempat untuk menyusun agenda lagi, kerana keputusan yang pantas boleh melegakan kesengsaraan yang sedang rakyat hadapi.

Jabatan Kesihatan daerah Sik adalah Jabatan Kerajaan Persekutuan yang pertama yang saya temui di tapak kejadian untuk mengalpasti ruanglingkup yang mereka di pertanggungjawabkan bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang biasa berlaku dalam mana-mana bencana seperti banjir.  Alhamdulillah satu kata putus di capai dengan mereka terutamanya mengenai tandas yang rosk dan perlu di ganti bagi menjamin kebersihan dan kesihatan rakyat terbela.  Dan mereka juga akan membantu dari segi mengorek telaga kepada keluarga yang memilih untuk menggunakan air telaga.

Kemudiannya saya berurusan pula dengan pihak Syarikat Bekalan Air Darul Aman (SADA) bagi membincangkan penyelesaian jangka pendek dan rumusan jangkapanjang juga bagi keselesaan rakyat yang terbabit dengan bencana ini.  Alhamdulillah saya mendapat kerjasama yang baik dengan CEO SADA dan juga eksekutifnya yang turut turun berbincang(mesyuarat) dengan saya.  Mereka berjanji yang bekalan air secara mobil akan di hantar dengan segera di mana untuk Kampung KEDA Bendang Man, penghantaran air bersih dari pintu ke pintu akan di laksanakan pada petang  itu juga, manakala untuk kampung Bendang man, air akan di agihkan secara berpusat iaitu penduduk Kampung Bendang Man boleh mendapatkan air bersih yang di bekalkan secara tangki setempat di surau mereka. Manakala untuk Kampung Charok Sireh, dua lokasi di sediakan untuk penduduk-penduduk di situ pergi mendapatkan bekalan air bersih, iaitu di hadapan kedai runcit Pak Kob dan di simpang Serendah SeKebun Bunga.  Ka[ung-kampung yang terbabit ialah Kampung Bendang Man, Kampung KEDA Bendang Man, Kampung Charok Sireh, Kampung Padang Keras dan kampung Chepir Tua.

Manakala pihak Bulan Sabit telah menyatakan kesanggupan untuk bersama-sama dengan penduduk kampung menggembeling tenaga secara gotong royong bagi membaiki kerosakan atau kerja-kerja pindah memindah barang-barang dan keperluan penduduk.  Pihak Jabatan Belia dan Sukan juga memberi komitmen yang sama.



Pihak JPS pula telah memberi kata putus untuk meneliti kaedah terbaik untuk membaiki tebing sungai yang rodsk akibat di hentam oleh arus deras dan tongkolan batu-batan.  Ia termasuk kerja-kerja membesar dan meluruskan tebing bagi melancarkan aliran di kawasan yang perlu.




Semua JKKKP setiap kampung-kampung yang terlibat dengan bencana turut hadir untuk mendengar taklimat dan mendapatkan maklumat secara terus dari saya dan agensi yang terlibat.


Saya cukup terharu bila Tuan Pegawai Daerah Sik juga turut serta dalam sessi mesyuarat do bawah pokok cenerai ini.  Dengan adanya beliau dalam pertemuan ini, maka banyak perkara berbangkit yang berkaitan dengan tanggungjawab pihak Pejabat Daerah Sik dapat segera di capai dan di selesaikan.


Kehadiran Dato' Paduka Othman Abdul memang agak mengejutkan saya, keran kehadirannya betul-betul tidak di rancang, namun kehadiran beliau ternyata berjaya menyuntik semangat kami untuk mencari keputusan terbaik secara kolektif demi rakyat yang menjadi mangsa bencana ini.

Sebagai orang yang berpengalaman, banyak idea dapat saya 
kutip secara spontan dari beliau.
Walaupun mesyuarat ini di adakan dalam suasana cukup santai
tetapi keputusan dari mesyuarat ini adalah sesuatu yang konstruktif
pada saya.


InsyAllah, sinar terang sudah dapat di lihat di hujung terowong yang berbalam........

2 comments on "Mesyuarat Bawah Pokok Cenerai"

Mosal said...

Salam. Tak palah YB, mesyuaratlah di mana pun asalkan matlamat untuk membantu mangsa banjir tercapai. Kasihan dan simpati pada anak-anak yang kehilangan buku, pakaian dan peralatan sekolah. Sementara ibubapa penat membersihkan rumah, termenung dan bersedih kerana kerosakan harta benda. Tahniah, kerana YB terlau mengambil berat masalah penduduk yang ditimpa bencana.

Pakteh on August 17, 2010 at 12:16 PM said...

Tahniah YB kerana bertindak segera utk bantu penduduk.
Saya telah suarakan isu balak di Chepir ini dalam 2 bulan yang lalu di beberapa blog setelah diajukan oleh mantan ahli parlimen Sik, Dato Wan Azmi dimana beliau bimbang kejadian buruk akan berlaku apabila kawasan tadahan diceroboh.
Mungkin inilah masa yang terbaik utk penduduk Chepir menginsafi keegoan mereka selama ini. Bayangkan ada penduduk dengan ego menempelak mantan ahli parlimen ini semata-mata kerana menyatakan kerajaan pas kini tamak kerana ambil balak d kawasan tadahan malah dinyatakan juga ada penduduk yang sanggup mandi air selut ketika itu kerana bekorban demi kerajaan pas yang kononnya tidak dibantu oleh kerajaan pusat.
Kapada mangsa yang terlibat, harap bersabar dan insyaalah, ada hikmah disebalik kejadian ini. YB, tahniah n teruskan khidmat bakti anda utk orang Sik.Insyaallah, sinar terang sudah dapat di lihat di hujung terowong yang berbalam.

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez