SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

02 September 2010

Mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sik

Posted by detguaq3 at 7:55 AM
02/09/2010

Mesyuarat ini di adakan pada pukul 10.00 pagi dan di hadiri oleh semua wakil-wakil agensi Kerajaan Persekutuan, kecuali wakil dari FAMA kerana ada perkara lain yang tidak dapat di elakkan.  Namun mesyuarat tetap berjalan dan padat dengan agenda yang sedenyut dengan nadi rakyat Sik, iaitu agrikultur.

 Antara perkara berbangkit ialah berkenaan bantuan kepada petani dan penternak yang terjejas ekoran banjir lumpur yang melanda beberapa kawasan sawah/bendang dan sayur-sayuran di Sik.  Kawasan laluan aliran ganas air juga turut di timbulkan untuk di masukkan dalam bancian, kerana walaupun air tidak bertakung, tetapi padi yang rebah dan sayur-sayuran yang rosak akibat air yang melanda secara ganas telah menyebabkan padi tidak dapat di tuai dan sayur-sayuran tidak mendapat pulangan.
 Projek ikan air tawar seperti keli, puyu, talapia merah dan ikan 
hiasan turut di sentuh



 Cili fertigasi yang membawa hasil yang memberangsangkan turut 
di bincangkan untuk terus di kembangkan projek ini kepada
rakyat Sik yang berminat

 Pihak JPS turut memberi taklimat semasa mengenai keadaan
sungai-sungai yang menerima kesan dari arus deras yangmengakibatkan banjir
di mana beberapa bahagian tebing yang runtuh di hakis telahpun dan
sedang di baikpulih.
Kali ini pihak Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia cawangan Kedah turut menghantar wakilnya untuk memberi penjelasan kepada ahli majlis mesyuarat mengenai industri nenas negara dan spisis nenas yang sesuai untuk di tanam di tanah-tanah seperti di Sik. Beliau maklumkan bahawa kini terdapat 4 orang usahawan telahpun pada peringkat pertengahan projek dan di jangka mereka akan mula menuai hasil pada hujung tahun ini.
 Sempena Ramadhan AlMubarrak ini, YB Mohd
Tajudin telah sempat menyampaikan buahtangan kepada
ahli majlis mesyuarat. 

Encik Mazlan Ahmad selaku setiausaha MPPPSik sedang menerima 
cenderahati berupa buah kurma dan kain pelikat.
 Wakil Jabatan Pertanian turut menerima sumbangan.
 Turut menerima ialaha wakil dari Jabatan Parit dan Saliran
 Wakil dari Jabatan Vaterina Sik juga mendapat sumbangan
cenderahati yang sama

 Agro Bank yang tidak kerap menghadiri mesyauarat melalui 
pegawai yang mewakili mereka sudah tentunya tidak terkecuali
mendapat sumbangan dari YB.
 Wakil dari MARDI sedang menerima sumbangan dari YB.
 Enck Muhd Zakwan juga turut di beri sekotak kurma dan
sehelai pelikat.
 Pegawai Perikanan Sik, Encik Othman Husin sedang 
menerima sumbangan dari YB

 Pegawai dari TEKUN(Man Tekun) juga menerima sumbangan
yang sama.

**Tidak ketinggalan, wakil dari Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia cawangan Kedah dan seluruh kakitangan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Sik dan wakil FAMA yang tidak dapat hadir turut di beri sumbangan buah kurma.















0 comments on "Mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sik"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez