SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

16 October 2010

CELCOM AKAN LANCAR 3G DI SIK!!!

Posted by DetGuaq6 at 2:31 AM
Umumnya di Sik liputan isyarat untuk telepon mudah alih sebenarnya belumlah menyeluruh.  Operator-operator telko masih lagi berhati-hati dari segi pengembangan khidmat mungkin kerana hasil kajian belum menunjukkan bahawa bilangan pengguna telepon mudah alih belum mencapai sasaran keuntungan pihak mereka.  Begitulah juga halnya dengan perkhidmatan gelombang isyarat suara yang sudahpun memasuki generasi ketiga atau secara ringkasnya 3G.

Jika 1G yang berkembang dalam tahun 80an telepon mudah alih (AMPS) menggunakan sistem analog (FDMA) berfrekuensi 800MHz dan kemudiannya berubah kepada sistem 2G dan 2.5G yang mula berpendekatan digital dari gelombang TDMA bersistem GSM, kini 3G telahpun berkembang di seluruh dunia termasuklah Malaysia.  Versi terbaru 3G merangkumi GSM, GPRS, EDGE dan HSPDA membolehkan teknologi mengakses internet tanpa wayar menjadi kenyataan dan telahpun beaksi di Malaysia. 

Namun kemudahan 3G di Sik agak terhad walaupun versi 4G sudah mulai di promosikan kepada dunia dengan kecanggihan yang tidak terbayang.  Atas kesedaran bahwa dunia komunikasi berubah dengan begitu drastik dan menyedari juga bahawa Sik adalah antara daerah yang masih terkebelakang, saya telah mengambil  beberapa inisiatif baik bersama SKMM diperingkat Kerajaan mahupun dengan telko-telko swasta terutamanya CELCOM.  Pagi tadi saya berkesempatan untuk berbincang dengan salah seorang eksekutif CELCOM yang berpejabat di Sungai Petani.

Dalam perbincangan itu saya memaklumkan bahawa Sik sangat-sangat memerlukan kemudahan 3G yang terbaru agar kami juga dapat menikmati kemudahan mengakses internet tanpa perlu bergantung kepada kabel dan isyarat yang terhad.  Secara dasarnay pihak CELCOM sememangnya sudah ada perancangan untuk melebarkan perkhidmatannya ke beberapa sasaran lokasi di Sik terutamanya di Pekan Sik.  dan perluasan perkhidmatan 3G oleh CELCOM ini akan di percepatkan seperti yang di maklumkan oleh pihak CELCOM kepada saya. Alhamdulillah, selepas ini fenomena mengakses internet secara tanpa wayr akan menjadi sesuatu yang lumrah di Sik!!!

1 comments on "CELCOM AKAN LANCAR 3G DI SIK!!!"

Pakteh on October 18, 2010 at 11:50 AM said...

SALAM.
YB, Memang sepatutnya sudah wujud kemudahan sebegini kerana ditempat2 lain, kemudahan 3G ini sudah menjadi kebiasaan. Bagi rakan2 yang mengakses internet menggunakan broadband, inilah masalah utama bila balik kampung....mati kutu.
Terdapat banyak lagi kemudahan yang kelihatannya seolah2 Sik ini dianak-tirikan.

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez