SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

14 October 2010

Inilah Tempat Yang Saya Maksudkan

Posted by DetGuaq5 at 8:59 AM
Saya telah melekatkan di dinding bukumuka saya mengenai satu tempat yang membahayakan pengguna-pengguna lebuhraya Gurun-Sik.  Tempat yang saya maksudkan ialah satu selekoh yang terletak di Batu Sembilan.

 Sebenarnya di tempat itu sedang di lakukan kerja-kerja baikpulih sistem perparitan yang tersumbat sebelum ini yang membuatkan air bertakung ketika hujan.  Keadaan ini begitu merbahaya, di mana kereta yang melanda air yang bertakung dengan mudah akan hilang kawalan sehingga keperingkat kereta boleh berpusing seperti gasing dan kemungkinan terbalik.  Lebih merbahaya jika ada kenderaan lain dari arah bertentangan terutamanya motorsikal yang boleh mengakibatkan kehilangan jiwa secara tragik.






Baikpulih itu juga di buat atas aduan dari orang ramai yang di sampaikan melalui saya sebagai wakil mereka kepada pihak JKR Kedah dan saya ucapkan terima kasihlah kepada Pengarah JKR Kedah dan Jurutera Daerah Sik/Kuala Muda yang dengan segera mengarahkan kontraktor untuk membaikpulih keadaan berkenaan.  Malangnya di seblaik tindakan segera itu  ada pula kesan lain yang timbul bilamana aspek keselamatan di ambil mudah oleh kontraktor yang melakukan kerja berkenaan.  Penghadang-penghadang yang di letakkan di sekeliling tapak kerja tidak di susun dengan baik, malah berterabur.  Manakala lampu berkelip tidak di tempatkan di kedua-dua hala untuk memberi isyarat kepada pengguna jalanraya dan tiada langsung papaan tanda bagi memberi amaran kepada pengguna jalanraya di letakkan di situ memandangkan kawsan itu adalah kawsan selekoh. 

Saya amat berharap mereka segera melakukan sesuatu sebelum ada nyawa yang melayang , kerana sudah ada beberapa kemalangan melibatkan kenderaan seperti mototrsikal yang terbabas dan terbalik, juga kereta yang terbabasdan mengalami kerosakan.

0 comments on "Inilah Tempat Yang Saya Maksudkan"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez