SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

23 October 2010

Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun

Posted by DetGuaq6 at 2:27 PM
22/10/2010

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran saya.  Pada sebelah malamnya telah di adakan majlis berkenaan di sebuah restoran milik anak Sik yang saya panggil Pak Jab.   Majlis ini adalah cetusan ilham Kelab I Luv Sik yang menggunakan Facebook sebagai platform maya untuk mengumpul anak-anak Sik di perantauan di bawah satu akaun untuk berinteraksi serta berhubungan.  ia juga adalah bertujuan untuk mereka yang di luar dari Sik dapat bertanya khabar serta berkomunikasi dalam loghat daerah yang boleh di katakan hanya di fahami oleh orang Sik serta daerah-daerah yang berhampiran.

Sesiapa yang menjadi sahabat dalam I Luv Sik sudah tentu dapat mengubat kerinduan untuk mengetahui apa yang berlaku di Sik kerana di dalam Kelab ini juga terdapat anak Sik yang turut menyertainya termasuk diri saya.  Berbalik kepada sambutan Hari Ulang Tahun saya, saya rasa cukup terharu dengan mendalam serta pada masa yang sama juga amat berbesar hati kerana atas inisiatif bberapa orang anak-anak Sik dalam Kelab I Luv Sik yang di nakhodai oleh saudara Shafaruddin Tan Sri Hanafiah, sebahagian dari mereka telah berkongsi dana, berkongsi idea dan konsep, berkongsi rasa dan berkongsi harapan yang sama iaitu berkongsi untuk mengadakan Majlis jamuan sempena menyambut hari kelahiran saya yang berkebetulan jatuh ketika Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung.  Hari ini adalah hari yang ke empat PAU serta jatuhnya pada hari Jumaat, di mana esoknya adalah hari cuti hujung minggu di WP.

Alhamdulillah ramai anak-anak Sik di Kuala Lumpur telah sudi meraikan sambutan ini bersama-sama saya dan bersama-sama keluarga mereka.  Ramai juga anak muda yang belum berkeluarga turut hadir untuk sama-sama memeriahkan hari yang penuh bermakna ini.

Turut hadir ialah bekas Ketua Bahagian UMNO Sik, iaitu Tan Sri Abdul Hamid Othman, Setiausaha Politik di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Ketua-Ketua UMNO Bahagian dari Jerai, Padang Serai serta Sungai Petani.  Turut hadir ialah professional-professional anak Sik yang tinggal di Kuala Lumpur yang tidak dapat sya sebut satu persatu di sini.  Gambar-gambar yang di sertai boleh menceritakan betapa meriahnya sambutan berkenaan.

TERIMA KASIH.


0 comments on "Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez