SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

13 October 2010

Salam Kasih MARA Bersama ADUN Belantek

Posted by DetGuaq6 at 12:53 AM
 Khidmat Masyarakat ini adalah projek MARA yang menggunakan paltform IKM untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan rumah secara percuma kepada mereka yang memerulkan seperti orang miskin dan ibu harapan.  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga turut terbabit.  Puan Maznah Mohd Isa, seorang ibu harapan yang tinggal di sebuah rumah yang sudah reput di Kampung Rimba Badak yang telahpun saya lawati beberapa bulan lalu kini sudah boleh mulai tersenyum setelah kerja-kerja membina rumah beliau telahpun memasuki hari yang ke 7.  Wajah dan bentuk rumah baru sudah boleh mula di bayangkan.















 Kerja-kerja pembinaan ini telah di lakukan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar di bidang pembinaan dari IKM Sik, Sungai Petani dan Alor Setar dengan di selia oleh Pengajar mereka.  Ternyata ilmu yang mereka pelajari di dlam bilik darjah kini dapat di salurkan di tapak sebenar bagi menguji tahap kemahiran yang mereka perolehi sepanjang berkursus di bengkel mereka.  Tabik kepada kemahiran dan pengurusan kerja yang cukup teratur sehinggakn mereka boleh membuat perancangan dan penjadualan krja mereka dan berupaya untuk membuat sasaran siap masakerja.  Di jangkakan mereka akan menyiapkan binaan dalam masa 27 hari, iaitu berbaki 20 hari lagi dan saya amat yakin mereka boleh menyiapkan binaan berkenaan seperti dijadualkan.  InsyaAllah.






1 comments on "Salam Kasih MARA Bersama ADUN Belantek"

Mosal said...

Salam. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak IKM dalam menjayakan Program Khidmat Masyarakat ini.

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez