SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

19 January 2011

FUTSAL PILIHAN REMAJA UNTUK BERIADAH.

Posted by detguaq8 at 2:03 PM
Futsal kini menjadi alternatif kepada permainan bolasepak konvensional yang perlu menggunakan kawasan yang lebih luas berbanding futsal.  Dan permainan pantas dalam futsal juga begitu pantas menarik golongan muda untuk bermain permainan ini.  Gelanggang Futsal di Pekan Sik tidak pernah sunyi dari di kunjungi oleh mereka yang ingin mengeluarkan peluh baik pada siang hari mahupun pada sebelah malam membawa ke dinihari.

Semalam ketika melawat gelanggang berkenaan bagi tujuan untuk bertemu dengan lapisan remaja sambil membawa sedikit buahtangan iaitu kalendar tahun 2011 serta sedikit sumbangan untuk mereka yang sedang bermain, saya mendapati beberapa perkara perlu di perbaiki atau diganti seperti jaring pada gawang gol begitu juga dengan pagar di belakang gawang gol yang sering menjadi sasaran bola yang di tendang serta tersasar dari gawang gol.  Kerosakan dan penggantian itu akan saya usahakan secepat mungkin supaya aktiviti di gelanggang berkenaan akan terus lancar.









0 comments on "FUTSAL PILIHAN REMAJA UNTUK BERIADAH."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez