SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

10 January 2011

Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Posted by detguaq8 at 11:26 PM

09/01/2011
Saya juga manusia biasa, begitu juga dengan isteri saya.  Ada masa sihat dan ada masa sakit.  Kedua-duanya adalah ni'mat dari Allah.  Sakit yang datang, sihat yang di kecapi, rezeki dan kesusahan semuanya dariNya.


Jika selalunya saya menziarahi mereka yang di timpa musibah., baik kemalangan, mahupun sakit demam tak ketinggalan juga kematian, hari ini saya pula perlu menemani isteri yang perlukan rawatan di HSBAS.  Namun saya juga berkesempatan untuk melawat beberapa orang penduduk Sik yang menerima rawatan di HSBAS.  Ada yang di sebabkan kemalangan dan ada juga kerana menerima rezeki 'orang baru'.  Sedih dan gembira menjadi ramuan yang sebati dengan mana-mana hospital termasuklah HSBAS!


Ketika bergegas untuk melihat keadaan isteri setelah keluar sebentar ke bandar Alor Setar atas urusan lain, saya bersaing dnegan seorang lelaki yang berasal dari Bukit Besar yang telah kehilangan kakinya akibat kemalangan ketika keluar mencari rezeki....sesungguhnya saya berasa amat-amat sedih dan insaf dengan ketentuan Allah.  Kaki beliau terpaksa di potong kerana kemalangan akibat bertembung dengan traktor ketika menaiki motorsikalnya.  Semuga kekanda saya itu tabah menghadapi dugaan hidup ini.






Saya juga sempat melawat 'orang lama' Sik iaitu (Ishak Abdullah)Paklong Hak yang telah mengalami kemalangan Jumaat lepas ketika hendak pergi sembahyang jenazah.  Motorsikal  beliau telah bergesel dengan sebuah kereta yang tidak dapat mengelak ketika membelok.  kepala beliau telah cedera dan perlu di jahit lukanya.  Manakala bahu beliau juga cedera kerana kesan lebam dapat di lihat di bahagian belakang bahu beliau.  Saya juga di maklumkan oleh anak perempuannya yang setia menjaga beliau bahawa salah satu tulang pada lengan dan betis beliau turut patah.

Semuga beliau cepat sembuh, kerana beliau bukanlah penghidap kencing manis mahupun darah tinggi dan masih sihat serta boleh bergerak ke sana kemari.

0 comments on "Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez