SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

14 January 2011

MENYIMPAN SEMASA ADA, BERINGAT SEBELUM KENA.

Posted by detguaq8 at 11:56 AM


13 Januari, 2011 19:44 PM
Harga Getah Kekal Tinggi, Susu Getah Pukal Cecah 1,000 Sen Satu Kg
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Harga-harga getah Malaysia meneruskan peningkatan dengan susu getah pukal mencecah harga rekod 1,000 sen satu kg Khamis.

Gred tara SMR 20 juga mencecah ketinggian baharu 1,592 sen satu kg, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh.

Seorang peniaga berkata harga akan meningkat lebih tinggi berdasarkan prospek permintaan yang tinggi ketika bekalan kekal sedikit, terutamanya dengan ketibaan musim daun luruh tidak lama lagi.

Musim daun luruh di negara-negara pengeluar utama akan memaksa penorehan dihentikan kerana pokok-pokok mengeluarkan sedikit getah pada ketika ini.

Jabatan Statistik Rabu melaporkan tahap simpanan getah asli setakat akhir November 2010 adalah pada 131,381 tan metrik, satu pengurangan 6,614 tan metrik atau 4.8 peratus daripada bulan sebelumnya, berikutan banjir di utara Semenanjung Malaysia.

Pada tengah hari, harga penjual fizikal Lembaga Getah Asli bagi gred tayar SMR 20 meningkat 13.5 sen kepada 1,592 sen satu kg, aras tertinggi semenjak getah gred tayar mula diperkenalkan pada 1972, sementara susu getah pukal meningkat 10 sen kepada 1,000.50 sen satu kg.

Harga penutup penjual tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 naik satu sen kepada 1,592.5 sen satu kg dan susu getah pukal naik 7.5 sen kepada 1,003.5 sen satu kg.

-- BERNAMA

************************************************************************************
Dengan harga sekerap masih lagi dalam lingkungan RM6.00 ke atas, ianya adalah merupakan rahmat yang cukup bermakna kepada rakyat Sik yang rata-ratanya adalah penoreh geta.  Sebagai wakil rakyat di sini saya ingin saling mengingatkan rakyat yang sumber hidup mereka bergantung kepada komoditi seperti getah bahawa dengan keadaan harga yang begitu baik, tabnglah sebahagian dari pendapatan tuan-tuan sebagai stok sebanyak mungkin bagi menghadapi musim-musim yang mendatang.  Komoditi seperti getah mempunyai struktur harga yang bila-bila masa sahaja boleh berubah, terutama apabila permintaan untuk pembelian pukal sebagai stok oleh negara-negara seperti China dan Amerika Syarikat mencapai sasaran mereka.  Walaupun harga getah adalah mengikut pasaran dunia, harus di ingat bahawa harga sebegini tidak semestinya kekal apabila pembetulan harga berlaku dalam pasaran hadapan komoditi dunia.

Setelah meneliti beberapa portal mengenai pasaran getah, kebanyakan portal berpandangan bahawa seperti yang saya katakan sebelum ini iaitu apabila China sebagai pengimpot terbesar getah dunia pada masa kini telah mencapai sasaran stok simpanannya, begitu juga pesaingnya di dunia iaitu Amerika Syarikat dan sebahagian kecil negara-negara pengeluar di Eropah, pengekalan harga agak di khuatiri, tetapi trend penurunan akan berlaku dalam jangkamasa yang tidak dapat di duga!  Namun atas faktor getah sintetik bukan lagi alternatif terbaik kepada getah asli kerana penggantungannya kepada sumber asasnya iaitu minyak yang sentiasa meningkat harganya, penrunan harga getah tidaklah di jangka seburuk ketika krisis kejatuhan harga getah paling teruk pada tahun-tahun akhir 90an ketika krisis ekonomi dunia dan juga pada tahun 2008 apabila harga menjunam secara mengejut sehingga melantun balik kepada paras yang ada sekarang.

Rujukan boleh di lihat di antaranya:

1.  http://www.therubbereconomist.com/The_Rubber_Economist/Home.html

2.  http://www.rubberworld.com/RWmarket_report.asp?id=333

Tetapi sebagai peringatan, saya petik satu berita dari portal China Business News untuk renungan kita semua.  Merujuk kepada berita terbaru ini, kesiapsiagaan haruslah di ambil sebagai langkah untuk beringat dengan lapuran dari portal berkenaan yang mendakwa bahawa sudah ada sektor-sektor tertentu dalam industri berasaskan getah asli sudah berada pada tahap optimum dan kemungkinan tepu.

0 comments on "MENYIMPAN SEMASA ADA, BERINGAT SEBELUM KENA."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez