SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

07 January 2011

Program Pemimpin Turun Padang Bersama Pengerusi BPUNK

Posted by detguaq8 at 1:20 AM
06/01/2011 - 2.30 petang


























06 Januari, 2011 22:44 PM
Lebih 100 Anggota Pas Di Sik Sertai Umno
SIK, 6 Jan (Bernama) -- Lebih 100 anggota Pas di sini bertindak keluar parti dan menyertai Umno akibat kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan parti berkenaan.

Bekas Ketua Pemuda Pas Kampung Bandar Hilir Rashidi Sulaiman, 42, berkata lebih ramai penyokong Pas di daerah ini bakal menyertai Umno.

"Pemimpin Pas hanya tahu berjanji, tapi tidak tahu menunaikan janji. Kami melihat Umno dan Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang menyertai Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Upacara penyerahan borang itu diadakan sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Bandar Hilir, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Sik Mohd Tajuddin Abdullah.

Sementara itu, Ahmad Bashah ketika berucap pada majlis tersebut berkata, semangat gelombang merah yang diperkenalkan Umno Kedah kini mula menampakkan kejayaan apabila ramai anggota dan penyokong Pas menyertai parti berkenaan.

"Umno dan BN Kedah yakin dapat merampas kembali Kedah dalam PRU (Pilihan Raya Umum) ke-13 nanti jika keadaan ini berterusan," katanya.

-- BERNAMA



































1 comments on "Program Pemimpin Turun Padang Bersama Pengerusi BPUNK"

Pakteh on January 7, 2011 at 8:52 AM said...

Salam

Tahniah YB. Satu usaha yang baik

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez