SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

04 January 2011

Ziarahi Jenazah Isteri Pengerusi JKKKP Kg Namek di Hospital Sik

Posted by DetGuaq6 at 11:19 PM
Selepas balik dari kampung Batu 7 Rambong, Baling kerana menzirahi sahabat yang kematian bondanya yang tercinta, saya sempat singgah ke pejabat UMNO Bahagian Sik.  Ketika tiba beberapa orag ahli Pemuda bersama-sama kakitangan pejabat sedang memindahkan perabut-perabut, peralatan pejabat dan dokumen-dokumen dari bangunan pejabat ke dewan UMNO yang akan menjadi pejabat sementara kerana kerja-kerja meruntuh pejabat lama UMNO Bahagian Sik akan di laksanakan segera dan satu bangunan baru pejabat UMNO Bahagian Sik akan di bina selepas segala kerja-kerja meruntuh siap.



Dalam masa yang sama Encik Nasir, Encik Fatah dan Encik Suhaimi(jurugambar) dari BPUNK telah singgah ke Sik untuk membincangkan beberapa perkara. 








Sebaik mengiringi mereka yang hendak balik ke Alor Setar, saya menerima SMS memaklumkan bahawa isteri kepada Pak Ngah Sarip, Pengerusi JKKKP Kampung Namek teah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sik dalam pukul 6.00 petang. 



































Saya terus ke Hospital Sik untuk menziarahi keluarga simati yang masih berada di wad.  Selepas itu saya meluangkan masa untuk melawat pesakit-pesakit lain.

1 comments on "Ziarahi Jenazah Isteri Pengerusi JKKKP Kg Namek di Hospital Sik"

JKKKP KAMPUNG NAMEK on July 24, 2012 at 3:50 PM said...

Saya Anak kepada HJ Mat Sharif (Pengerusi JKKKP KG NAMEK)ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Datuk Tajuddin kerana sudi meluangkan masa melawat Arwah ibu saya di hospital Sik... Hanya Allah S.W.T sahaja dpt membalas jasa baik Datuk.. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan Datuk Sekeluarga... kami tetap akan terus menyokong Perjuangan Datuk hingga akhir nyawa kami.... terima kasih bebanyak Datuk.... Wang ringgit tak penting bagi kami, tetapi kemuliaanmu amatlah berharga kepada kami...

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez