SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

03 February 2011

Pintu Gerbang 1Malaysia Wat Siam Kalai

Posted by detguaq8 at 2:07 AM









Yakin sokongan bakal berubah


KAMPUNG KALAI - Keyakinan terhadap pengundi Cina di Kedah kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya Umum (PRU-13) amat tinggi setelah mereka mula sedar corak kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang tempoh hampir tiga tahun ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata, perkara itu tidak mustahil akan terjadi seperti yang berlaku di Tenang, jumlah sokongan pengundi Cina meningkat berbanding sebelum ini.

Menurutnya, masyarakat mula bercakap pemerintahan Kerajaan Negeri yang hanya pandai berjanji bermacam-macam perkara, tetapi janji akan tinggal janji tanpa ada usaha menunaikannya.

“Tambahan pula ada dalam kalangan masyarakat Cina dan India sendiri berjanji akan memberi sokongan padu kepada BN serta tidak akan mengulangi kesilapan yang sama sehingga pemerintahan Kerajaan Negeri bertukar tangan.

“Kerajaan PR dilihat tidak mampu mengendalikan sistem ekonomi secara baik sehingga mengugut keyakinan pelabur untuk membuat pelaburan di sini,” katanya ketika merasmikan pintu gerbang wat Siam 1 Malaysia, di sini, semalam.
Pintu gerbang itu dibina melibatkan belanja RM100,000 hasil sumbangan orang ramai.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik, Mohd Tajudin Abdullah, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sik, Dr Mansor Abd Rahman, Pengerusi Persatuan Siam Kedah (PSK), Bun Yin a/l Ai An.

Ahmad Bashah, berkata, pihaknya akan cuba memanjangkan isu pemberian status Bumiputera untuk masyarakat Siam kepada Kerajaan Persekutuan supaya mereka juga akan mendapat keistimewaan seperti Bumiputera lain.

Senator Masyarakat Siam, Boon Som Inong, berkata, masyarakat Siam sering menghadapi masalah mendapatkan bantuan sewajarnya daripada kerajaan.

“Masalah ini timbul turut berpunca dari keraguan status Bumiputera dan terdapat jabatan tertentu menolak bantuan bagi masyarakat Siam berikutan tidak dikategorikan sebagai Bumiputera dalam Perlembagaan Negara.

“Perkara itu turut berlaku kepada masyarakat Orang Asli, kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan kaum minoriti lain yang terdapat di bawah takrifan Bumiputera sejak sekian lama,” katanya.

Menurutnya, dari segi pendidikan pula, masyarakat Siam yang akan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) perlu dinilai berdasarkan ciri yang diguna bagi menilai permohonan penuntut Bumiputera.

























0 comments on "Pintu Gerbang 1Malaysia Wat Siam Kalai"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez