SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

04 March 2011

Barisan Nasional Bertambah Yakin di N28, Kerdau.

Posted by Det Guaq9 at 5:33 PM


03 Mac, 2011 15:31 PM
BN Mampu Peroleh Kejayaan Berganda Pada Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau Dan Merlimau
TONGOD (SABAH), 3 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) mampu memperoleh kejayaan berganda pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan DUN Merlimau berdasarkan kebangkitan transformasi politik dalam BN.

Menurutnya pada pilihan raya kecil sebelum ini di DUN Galas, Parlimen Batu Sapi dan DUN Tenang, beliau melihat satu peningkatan dari segi majoriti undi kemenangan BN.

"Apa maknanya ini, maknanya ini sudah ada satu kebangkitan baru pertamanya dari segi transformasi politik dalam BN.

"Pimpinan BN tidak berdiam diri dengan apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008 dan selepas itu kita dapat mesej daripada rakyat, mesej itu kamu jangan duduk goyang kaki, kamu kena turun ke bawah dan bantu saya (rakyat) dengan dibuat bersungguh-sungguh," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Dividen Ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini Khamis.

Proses pengundian pilihan raya kecil DUN Kerdau di Pahang dan Merlimau di Melaka diadakan pada Ahad ini.

Beliau berkata semua mesej rakyat itu telah digerakkan oleh BN yang merupakan proses transformasi politik dan dijalankan seiring dengan transformasi ekonomi.

"Maka meningkat sokongan rakyat dari satu pilihan raya kecil ke satu pilihan raya kecil. Saya yakin dan InsyaAllah, dengan doa kita semua BN sekali lagi boleh mencipta kemenangan berganda, dua kejayaan serentak seperti di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi dalam beberapa bulan lalu.

"Ini menunjukkan rakyat masih bersama kita dan kami sentiasa memikirkan cara macam mana menyelesaikan masalah rakyat seperti yang telah kita lakukan dan akan terus kita laksanakan," katanya.

Muhyiddin berkata proses pembangunan masih berlaku dan tidak akan berhenti walau sedetik pun.

Katanya ia merupakan tanggungjawab besar dan proses pelaksanaan pembangunan itu akan mengambil masa.

-- BERNAMA

0 comments on "Barisan Nasional Bertambah Yakin di N28, Kerdau."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez