SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

06 March 2011

BN menang besar di Merlimau, Kerdau

Posted by Det Guaq9 at 9:49 PM
BN menang besar di Merlimau, Kerdau

BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi. Roslan Ahmad victory merlimauMajoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.
Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi.
Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak ialah 90.
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini.
Majoriti kemenangan BN itu juga mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.
Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.
Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi telahpun kembali kepada BN di Kerdau.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau berkata, walaupun cemerlang, tetapi ia adalah satu pilihan raya kecil, dan tidak menggambarkan senario nasional.

Bagaimanapun, katanya, BN akan mengambil iktibar daripadanya untuk mengukuhkan usahanya, supaya apabila tiba pilihan raya umum nanti, mesej yang dibawa di situ, dapat difaham di seluruh negara.
Sementara itu, pilihan raya kecil DUN Kerdau turut mencatatkan 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sudah menjangkakan jumlah itu berdasarkan pencapaian pada pilihan raya umum 2008 lalu iaitu 80.3 peratus.
Menurutnya lagi, proses pengundian sejak pukul 8 pagi hingga 5 petang juga berjalan lancar walaupun terdapat beberapa insiden provokasi antara penyokong parti bertanding iaitu PAS dan BN.
"Di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau tadi, keadaannya memang tegang dan panas tetapi pihak polis bertindak pantas mengawal keadaan supaya tidak berlarutan menjadi perkara tidak diingini," katanya kepada pemberita di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh
KERDAU
8pm Proses penjumlahan tamat. Keputusan bagi semua saluran diterima.

7.58pm (Tidak rasmi)
BN: 5,060
PAS: 2,336
Majoriti: 2,724
7.46pm: Calon PAS kini keluar menonton skrin besar di depan markaz induk parti itu. Beliau kelihatan tenang dan berborak dengan penyokong parti itu seperti biasa.
7.43pm (Tidak rasmi)BN: 4,793
PAS: 2,204
Majoriti: 2,589
7:39pm (Tidak rasmi)BN: 4,486
PAS: 2,161
Majoriti: 2,325
7:36pm Sebanyak 17 peti undi telah diterima di pusat penjumlahan. Baki sebanyak enam peti lagi masih belum diterima.
7.31pm Calon PAS akan mengadakan sidang media di markaz induk parti itu di kawasan Kerdau pada jam 8 malam.
Calonnya Hassanuddin Salim sudahpun berada di lokasi sidang media tapi masih belum keluar untuk menemui penyokong.
7.30pm (Tidak rasmi)BN: 4,074
PAS: 2,002
Majoriti: 2,072
7:27pm (SPR)BN: 3,334
PAS: 1,453
Majoriti: 1,881
7.15pm (Tidak rasmi)BN: 3,777
PAS: 1,776
Majoriti: 2,001
7.12pm (Tidak rasmi)
BN: 3533
PAS: 1643
Majoriti: 1890

7.02pm: 5 Peti undi telah diterima, 18 lagi masih belum diterima
6.35pm: Dua lagi peti undi tiba di pusat penjumlahan. Baki 19 peti undi masih belum tiba.

6.34pm
(Tidak rasmi)
BN: 2,021
PAS: 956
Majoriti: 1,065
6.17pm (Tidak rasmi)
BN: 1,385
PAS: 764
Majoriti: 621
6.17pm (Tidak rasmi)
BN: 731
PAS: 513
Majoriti: 218
6.06pm (Tidak rasmi)
BN: 191
PAS: 114
Majoriti: 77

2 comments on "BN menang besar di Merlimau, Kerdau"

Anonymous said...

As'kum...

Kepada sahabat semua.. Dh ditakdirkan Allah s.w.t bahawa BN menang kedua2 tmpt y dipertandingkan.

Sy agak sedih mengapa masih ad individu y kurang fahaman tentang agama kita. Sy xkata Pas itu betul or BN itu salah, tp sy sentiasa berada di sebelah y memperjuangkan islam. Persoalany mengapa? Kerana niat dihati itu penting, siapa niat memperjuangkan islam maka syahid la dia klu mati masa mengundi wlupun kita tak tau org kita sokong itu betul2 perjuangkan islam atau sebaliknya.. Apa y sy lihat umno hnya cb bw pembngunan, melayu n smu keduniaan.. xad pn untuk akhirat.

Dalam islam adlah salah jika sesorng itu perjuangkan kaum, ini terbukti seawal pembukaan kota madinah, Nabi kita telah persaudarakan beberapa kaum bg hilangkan semangat asabiah dikalangan msyrkt arab. Dlm mlaysia, isu melyu menjdi agenda perjungan adlh salah kerana kita xikut sunnah.. Jika bkn melayu masuk islam, akan kita hendak halau, persendakan atau hina.. Kerana sebelum Nabi kita wafat belau xsebut MELAYU tp UMATKU y dperkatakan.

Benar jika PAS menang sememangnya tiada pembangunan dilakukan, tetapi insyallah masalah ahklak berkurangan. Isu bung anak, perceraian meningkat, tp usaha umno teruskan hiburan, teruskan pembangunan. Sehinga bekas menteri sukan berkata atlit wanita buka aurat xpe.. Subahanallah, telah jelas lg tersuluh dlm surah al-nur pekatakan aurat adalah tuntutkan agama, xperlu tafsir pun surah tu blh fhm. Tp umno xfhm gk.

UMNO nk memerintah sy xkesah, please laksanakan tanggungjwb islam dlu bru pembgunan, INGAT golongan y awal disoal di akhrat adlah pemimpin..

Mengapa PAS kutip derma?? Xda duit?? Yes, betul.. kerana pas mengamal budaya sedekah perjuangkan islam. Sedekah perkara y akan dibawa setelah mati. Adakah anda bangga sekiranya kerajaan membina masjid y besar, bnyak, cantik seperti diterenganu?? Jwb sy TIDAK! Sy la bnga jika sy y bina, disebabkn tidk mapu sy bersedekah, kumpul wang bersama.. Sebab itu di Kelantan kerjaan pas tidak pernah buat masjid kerana lebih manfaat jika rakyat y bina. Kerajan bt masjid xdpt pahala kt kerajaan. Sape itu kerajaan?? Org ke?? C pemerintah y bt msjid itu guna duit dia ke setiap kali pembngunan?? so pahala xkemana..

Adakah anda pengudi UMNO perasan kenapa golongan PAS terdiri dr para ulamak?? Adakah anda tahu setelah mati golongan mane y menguruskan mayat kalian?? Jika masa mengudi kiamat berlaku, golongan mane y anda yakin untuk ikuti? Masa sekolah smu ustaz n ustazah kata kita ikut, tp ble besar semua memberontak n menolak??

Sunguh sedih lg pilu, apabila UMNO diumum menang, calon berkenaan menyuruh isterinya berslam dengan TPM n ahli y ln.. Subahanallah.. Ulamak mengatakan lebih baik kamu tusuk besi dikepalamu drpada sentuh wanita bkn muhrim. Alangkah baik c isteri lihat tutut lintup tp suami jahil.. xtau la hukum dia pe..

Anonymous said...

Masih ada lagi yang hanya mengikut seperti belatuk. Bukankah ada mazhab yang mengharuskan bersalaman antara lelaki dengan wanita asal sahaja di khalayak ramai dan tanpa di sertai shahwat. Awat? dan pikir pasal SEX ka di tempat=tenpat awam dan terang serta khalayaknya pula bukannya mengadakan majlis hiburan atau majlis yang negatif.

Kalau dah kepala tu ingat SEEEEEXXXXX saja itulah jadinya. Janganlah benda-benda yang ada khilaf serta tidak jelas di paksakan hukumnya kepada orang yang tidak menerima hukum dan fatwa dari apa yang kamu percaya. Lupakah bahawa ketika mengelilingi kaabah ada mazhab yang mengatakan tidak batal seseorang itu air smbahyangnya waima tersentuh di antara lelaki dengan perempuan. janganlah hanya tahu menghukum dan tidak kena pula tempatnya dan menganggap apa yang di persepakati antara ulama dalam satu kelompok mazhab itu adalah muktamad dan menolak pula kesepakatan dalam kelompok mazhab yang lain. Beramallah dengan apa yang kamu percaya tetapi jangan ingat semua yang kamu amalkan itu benar-benar yang HAQ kerana kamupun hanbya mengangguk hasil [pemikiran orang lain.

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez