SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

14 March 2011

Dialog Bersama Penduduk Kampung Landai

Posted by onesikone at 11:19 PM

Setelah 'mendarat' kembali di rumah Bang Man, rombongan berempat saya termasuk penyelaras Mukim Sok, iaitu Pak Ya Belantek meneruskan perjalanan ke rumah setiasuaha JKKKP Kampung Landai/Melaka iaitu saudara Mohd Zobi Shafie di mana ketika sampai, telahpun ada beberapa orang sedang mengunggu ketibaan kami.  kami di jamu dnegan bihun goren dan kopi O.

Rupa-rupanya saya di beri 'ole-ole' oleh Perangin Hujan Lebat apabila ketika sampai ke rumah dan masuk kedalamnya baru saya sedari bahawa seekor pacat telahpun kenyang hasil dari darah yang saya terderma kepadanya.  Menjadi wakil rakyat di kawasan seperti Sik kenalah hadapi semua ini, tetapi ianya tidaklah asing bagi anak asal kawasan pedalaman seperti Sik ini.  Parut dari bekas pacat ini kini menjadi khazanah di badan saya di samping parut-parut pacat sedari saya kecil lagi.


Tanpa membuang masa kami teruskan majlis dialog bersama penduduk secara ringkas dan santai bagi tujuan untuk mereka mempergunakan masa yang cukup untuk meluahkan segala isi hati mereka kepada saya. Kami hanya bergerak balik setelah hari hampir gelap.  itupun setelah berhenti sekejap untuk melihat titi sementara yang di perbuat dari buluh yang kini peruntukan untuk membina jambatan kinkrit bagi menggantikannya telah di luluskan.  Hanya menanti pihak berkuasa persekutuan untuk melantik kontraktor sahaja.






Gambar-gambar boleh rujuk di sini.

0 comments on "Dialog Bersama Penduduk Kampung Landai"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez