SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

02 March 2011

Mesyuarat Pengurusan Pejabat UMNO Bahagian Sik

Posted by Det Guaq9 at 2:20 PM
01/03/2011

Petang, pukul 5.00.
Satu mesyuarat pengurusan telah di panggil oleh setiausaha UMNO Bahagian Sik, cikgu Md Noor untuk mengemaskini segala dokumen-dokumen penting yang perlu di segerakan memandangkan setelah berlaku pemindahan sementara pejabat UMNO bahagian ke bangunan dewan bersebelahan bagi membolehkan bangunan yang mengisikan kakitangan pejabat di naiktaraf.


Apabila berlaku pemindahan sementara ini, banyak surat-surat serta borang-borang tertentu dan juga dokumen-dokumen tertentu tidak berada dalam susunan yang sepatutnya.  Lalu dengan adanya mesyuarat pengurusan ini maka satu senarai uji atau check-list telah dirangka bersama dengan pihak pengurusan pejabat dan kakitangan sebagai panduan dalam mengurus dan mentadbir kerja-kerja pejabat sementelahan pula apabila bangunan pejabat yang sedang dalam pembaikan, apabila siap kelak, saya bercadang untuk mengaplikasi satu sistem pengurusan pejabat yang setidak-tidaknya menghampiri amalan sistem menyeluruh pengurusan pejabat (Total Office Management System) atau mungkin mengaplikasikanya secara sepenuhnya apabila kakitangan yang ada telah bersedia dan faham dengan keperluan semasa dan masa hadapan.


0 comments on "Mesyuarat Pengurusan Pejabat UMNO Bahagian Sik"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez