SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

30 March 2011

Muhyiddin yakin S'wak terus kekal bawah BN

Posted by Det Guaq9 at 4:23 PM


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Sarawak akan terus kekal di bawah pentadbiran BN berdasarkan kepada rekod pencapaian pemimpin BN di negeri ini yang mendapat sokongan padu kerajaan Pusat.

Sambil berpuas hati dengan persiapan terperinci oleh BN Sarawak untuk menghadapi pilihan raya negeri pada 16 April depan, Muhyiddin berkata rakyat Sarawak memahami dan menilai pelbagai usaha yang baik untuk menjamin taraf serta keadaan hidup yang lebih sempurna.

"Yang penting kita meneruskan agenda pembangunan di Sarawak di bawah BN menerusi program transformasi dan akan mengambil kira bidang utama yang membolehkan kita mencapai sasaran yang diharapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin komponen BN Sarawak serta anggota majlis tertinggi BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri dan Presiden PBB Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Masing dan Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan.

Muhyiddin, yang mendengar taklimat daripada kesemua pemimpin komponen BN berkenaan, gembira dengan 'mood' baik yang ditunjukkan oleh parti-parti komponen dalam menggerakkan jentera pilihan raya BN, yang dipimpin oleh Taib.
Dalam perbincangan tersebut, Muhyiddin berkata setiap parti komponen BN negeri telah mengemukakan senarai calon masing-masing, termasuk muka baru dan lama.

Bagaimanapun, calon BN hanya akan diumumkan selepas senarai terakhir diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum hari penamaan calon pada 6 April, katanya.

Dalam membantu jentera BN, beliau berkata, telah diputuskan bahawa program pemimpin dan menteri pusat yang turut terlibat diselaraskan menerusi bilik gerakan BN di Kuching dengan panduan BN negeri.

Beliau berkata BN tidak akan mengambil mudah pakatan pembangkang walaupun pembangkang dilaporkan menghadapi pelbagai masalah.

"Apapun kita tahu rakyat boleh menilai tentang BN, yang cukup mantap kerana kita tidak berhadapan dengan isu kepimpinan atau bergaduh mengenai kerusi," katanya.

- Bernama

0 comments on "Muhyiddin yakin S'wak terus kekal bawah BN"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez