SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

04 March 2011

Peluang BN Menambah Majoriti diMerlimau Cerah.

Posted by Det Guaq9 at 5:28 PM

04 Mac, 2011 12:52 PM
BN Berada Pada Tahap Selesa Di Merlimau
JASIN, 4 Mac (Bernama) -- Pengerusi MIC Melaka Datuk R.Perumal berkata BN berada pada keadaan selesa ketika berkempen untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau.

Beliau berkata penambahbaikan dan masalah pembangunan yang telah diselesaikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebelum hari penamaan calon lagi, menyenangkan tugasan kempen.

"Sepanjang tempoh berkempen ini, tiada masalah besar yang ditimbulkan pengundi kerana semuanya telah diselesaikan sebelum hari penamaan calon lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laluan baru Jasin-Merlimau Bas Mara Liner.

Beliau berkata kempen pilihan raya itu yang tinggal sehari sahaja lagi akan digunakan sebaik mungkin bagi mendekati keseluruhan pengundi India di kawasan itu.

Selain itu, beliau mengingatkan pengundi agar membuat pilihan yang tepat semasa pilihan raya Ahad nanti.

"Yang ada di sini ialah kami (BN) dan kerajaan negeri, mungkin apa yang akan bantu mereka ialah kami, bukan (pembangkang) yang datang membuat kempen dan sebagainya.

"Memang mereka (pembangkang) cakap macam-macam, tapi hanya untuk dua tiga hari, lepas itu mereka akan hilang, kita (BN) yang akan bantu mereka," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau yang ditetapkan Ahad ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Roslan Ahmad, 44, daripada BN dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

-- BERNAMA

0 comments on "Peluang BN Menambah Majoriti diMerlimau Cerah."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez