SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

05 March 2011

PRU KE13 Mungkin Awal Kata YAB Dato' Seri Najib.

Posted by Detguaq2 at 10:21 AM

PRU-13 mungkin awal: Najib


2011/03/05

Diiktiraf...PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Undang-Undang dari Universiti Monash daripada Dr Alan Finkel di Melbourne, semalam.
Diiktiraf...PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Undang-Undang dari Universiti Monash daripada Dr Alan Finkel di Melbourne, semalam.
Pilihan raya negeri Sarawak dijadikan kayu pengukur kehendak rakyat

MELBOURNE: Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lebih awal dan menegaskan beliau tidak perlu mandat untuk meneruskan pembaharuan seperti pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan.

Perdana Menteri berikrar mengembalikan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melakukan pembaharuan, termasuk perkenalkan penangguhan cukai berganda.
Pada temu bual, Najib berkata, prestasi baik dalam pilihan raya negeri Sarawak membantu penilaian kehendak rakyat dan mungkin menyediakan asas kukuh untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal sebelum tempohnya berakhir pada 2013. Barisan Nasional (BN) mempunyai 63 daripada 71 kerusi di Sarawak.
“Ia persoalan mengenai penilaian, bagaimana perasaan rakyat terhadap kerajaan, sama ada kami memiliki faktor feel good dan rakyat mempunyai keyakinan dan kedudukan pembangkang.

“Saya tidak menolak sebarang kemungkinan (pilihan raya awal). Ia mungkin awal atau lewat. Saya masih menilai keadaan. Sarawak adalah sebahagian daripada penilaian itu,” katanya dalam komen pertamanya mengenai kepentingan politik dalam pilihan raya Sarawak ketika melakukan lawatan ke Australia.

Sejak mengambil alih kepemimpinan pada 2008, Najib memperkenalkan langkah seperti meluluskan lesen bank baru dan memotong defisit bajet Malaysia yang mencecah tujuh peratus dalam masa 20 tahun pada 2009.

Beliau juga bersedia melonggarkan peraturan pemilikan bank dan menerima Kumpulan perbankan Australia dan New Zealand menggandakan saham dalam AMMB Holdings.
Di sebalik ikrar itu, Najib menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mengurangkan subsidi minyak dan melonggarkan dasar tindakan afirmatif bagi orang Melayu.

Penganalisis berkata, Najib mungkin bersedia meneruskan pembaharuan seperti GST jika beliau mendapat mandat kukuh pada pilihan raya umum akan datang yang boleh diadakan seawal akhir tahun ini meskipun mandat sekarang hanya berakhir pada 2013, berikutan pertumbuhan ekonomi, selepas mengucup 1.7 peratus pada 2009.
Najib, bagaimanapun, berkata GST tidak memerlukan mandat pilihan raya umum.
“Saya tidak melihat GST sebagai satu-satunya isu yang memerlukan saya mengadakan pilihan raya, saya akan melakukannya bila masanya sudah tiba,” katanya.

Najib berkata, beliau percaya GST yang bertujuan meluaskan pangkalan cukai yang sempit, boleh diperkenalkan lewat sedikit daripada tahun ini tetapi tiada tempoh masa ditetapkan.

GST, sepatutnya menggantikan cukai jualan sedia ada daripada 2011 dan menjana pulangan kira-kira RM8.8 bilion setiap tahun.

Beliau merujuk kemenangan Barisan Nasional dalam empat daripada lima pilihan raya kecil mengatasi pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini sedang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan meliwat.

“Setakat ini semua kelihatan baik dan laporan agak memberangsangkan tetapi kami tidak boleh memandang ringan ancaman pembangkang yang lebih bersungguh-sungguh untuk cuba memasuki Sarawak.

“Ini semua memberikan keyakinan menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi saya juga menerima hakikat pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri, bukan segala-galanya dari segi keputusan akhir berkaitan pilihan raya umum,” katanya.
Pilihan raya umum kemungkinan diadakan selepas Najib membentangkan Bajet 2012 pada suku ketiga tahun ini.

Tetapi pilihan raya di Sarawak yang dijangka diadakan akhir bulan depan, akan menjadi ujian terbesar kepada kepemimpinan Najib.

Walaupun pembangkang tiada peluang menang, ketidakpuasan hati di kalangan pengundi minoriti Cina terhadap Ketua Menteri Sarawak boleh menyebabkan kerajaan gagal mempertahankan majoriti dua pertiga.

“Jika pembangkang berjaya menghalang kerajaan memperoleh majoriti dua pertiga di Sarawak, Najib pasti berfikir panjang untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat dan mungkin menangguhkannya,” kata penganalisis politik, Ong Kian Ming. – Reuters

0 comments on "PRU KE13 Mungkin Awal Kata YAB Dato' Seri Najib."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez