SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

06 April 2011

MB Kedah hina Kerajaan Pusat

Posted by Det Guaq9 at 8:34 AM

MB Kedah hina Kerajaan Pusat

ALOR SETAR 4 April - Perumpamaan 'macam beruk naik pokok nyiur' yang dilemparkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang.
Azizan melemparkan ungkapan itu sewaktu menjawab soalan tambahan Mohd. Tajudin Abdullah (BN-Belantik) mengenai seorang penuntut yang tidak mendapat wang saku RM500 untuk pulang ke Mesir seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.
Beliau berkata, kerajaan negeri membelanjakan RM2 juta untuk penghantaran pulang penuntut-penuntut dari Mesir semasa Ops Piramid tempoh hari.
"Kerajaan Pusat pandai bawa balik tetapi tak reti (tak tahu) hantar mereka balik, jadi umpama beruk naik pokok nyiur, bila panjat dapat upah, bila turun tak dapat apa," kata Azizan.
Sebaik sahaja istilah tersebut digunakan oleh Azizan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (BN-Bakar Bata) bangun dan menyuarakan rasa tidak puas hati dan kesal dengan perumpamaan yang digunakan oleh Azizan itu.
Azizan kemudian berseloroh dengan mengatakan penuntut tersebut 'tertidur' ketika penuntut lain dari Kedah menaiki penerbangan kembali ke Mesir dan apabila disiasat, penuntut tersebut tidak mahu kembali ke negara itu kerana terkejut dengan keadaan di sana.
"Kalau dia (penuntut) ini masih mahu duit RM500, sila datang jumpa Yayasan Islam Kedah dan kita boleh bagi duit itu," katanya.
Ketika ditemui selepas persidangan itu Azizan berkata, perumpamaan itu digunakan kerana Kerajaan Pusat hanya membawa pulang penuntut dari Mesir sewaktu Ops Piramid dan membiarkan kerajaan negeri menguruskan penghantaran mereka kembali ke negara itu.
"Itu hanya perumpamaan sahaja, saya kata begitu kerana Kerajaan Pusat lepas tangan. Masa Kerajaan Pusat bawa balik penuntut Kedah, tiada siapa yang datang jumpa saya tetapi bila kembali kita kena hantar sendiri," jelasnya.
Ahmad Bashah berkata, pihaknya kecewa dengan bahasa kasar yang digunakan oleh Azizan di dalam Dewan.
"Perumpamaan 'macam beruk naik pokok nyiur' adalah satu penghinaan kepada Kerajaan Pusat yang telah berusaha membawa pulang penuntut-penuntut yang menghadapi situasi tidak aman di Mesir.
"Kerajaan Pusat juga menawarkan bantuan kepada kerajaan negeri jika mereka tidak mampu. Kerajaan Pusat sedia bantu namun tawaran tersebut tidak diterima," jelasnya.

0 comments on "MB Kedah hina Kerajaan Pusat"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez