SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

10 April 2011

Pembangkang cemburu kejayaan BN, SPRM - Musa

Posted by Det Guaq9 at 12:14 AM
ARKIB : 09/04/2011

Pembangkang cemburu kejayaan BN, SPRM - Musa

KUALA LUMPUR 8 April - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, parti pembangkang sebenarnya cemburu dengan kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar sejumlah besar kes rasuah.
Beliau hairan dengan sikap pembangkang yang dahulunya begitu lantang mengkritik kerajaan dan SPRM kerana tidak telus dalam menangani isu rasuah tetapi kini mereka berterusan mengkritik walaupun SPRM semakin berani dan tegas membanteras rasuah di negara ini.
"Dahulu DAP dengan lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak serius dalam membanteras kegiatan rasuah, tapi sekarang bila SPRM dilihat begitu komited dengan tugas mereka dalam membongkar kes rasuah, mengapa mereka diam dan tidak menyokong?
"Adakah sebab mereka (pembangkang) sebenarnya begitu cemburukan kejayaan SPRM yang kini berjaya membongkar begitu banyak kes rasuah?" soalnya.
Sambil kesal dengan sikap pembangkang yang sedemikian, beliau bagaimanapun menasihatkan anggota SPRM agar terus komited dalam menjalankan tugas mereka walaupun kritikan yang dilemparkan boleh melemahkan semangat, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
"Perlu diingat apa sahaja kritikan yang keluar dari mulut pembangkang itu hanya untuk kepentingan politik semata-mata dan seperti yang kita sedia maklum, mereka ini melakukan apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat.
"Jadi tak perlu lemah semangat dengan kenyataan mereka," katanya sambil mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan kelmarin.
Sementara itu, mengenai kes kematian Ahmad Sarbani yang ada kaitan dengan Operasi 3b pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Musa mahu orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan tidak mempolitikkan kematiannya.
"Kematian beliau membawa kesedihan kepada anggota keluarganya. Biar perkara itu disiasat pihak berkuasa, kita sebagai orang luar jangan buat kenyataan yang bukan-bukan sehingga menyinggung perasaan keluarga Allahyarham," katanya. — BERNAMA

0 comments on "Pembangkang cemburu kejayaan BN, SPRM - Musa"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez