SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

28 April 2011

Umno Kedah Lipat Ganda Usaha Tarik Sokongan Kaum Wanita

Posted by Det Guaq9 at 11:36 AM


27 April, 2011 11:11 AM

SUNGAI PETANI, 27 April (Bernama) -- Umno Kedah sedang melipatgandakan usaha untuk menarik lebih banyak sokongan wanita muda dan memastikan mereka terus menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata menurut statistik, pola pengundian pilihan raya akan datang di Kedah dipengaruhi kuat oleh golongan wanita muda.

Katanya berdasarkan warta yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 31 Disember lalu, Kedah kini mempunyai 909,951 pemilih berdaftar untuk Pilihan Raya Umum ke-13 jika diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu 455,079 atau kira-kira 50 peratus merupakan golongan wanita dengan 298,297 daripadanya berusia di bawah 40 tahun.

Mukhriz berkata demikian semasa berucap di Majlis Penutup Program Jalinan Silaturrahim Wanita Muda anjuran Pergerakan Puteri Umno Sungai Petani di Tikam Batu dekat sini Selasa, dan majlis turut dihadiri Naib Ketua Pergerkan Puteri Umno yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Sungai Petani Shahanim Mohd Yusof.

Pada majlis itu, Mukhriz turut melancarkan sebuah kenderaan khas Skuad Sukarelawan Perubatan Puteri Umno Sungai Petani khusus digunakan bagi membantu merawat pesakit dari rumah ke rumah, terutama di kawasan pedalaman.

Kenderaan itu juga dapat memberi khidmat yang lebih mampan untuk membawa keluar pesakit khususnya dari kalangan kurang mampu untuk dibawa segera ke hospital atau klinik kesihatan.

-- BERNAMA

0 comments on "Umno Kedah Lipat Ganda Usaha Tarik Sokongan Kaum Wanita"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez