SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

05 May 2011

Dato' Seri Najib di Gelar Bapa Transformasi

Posted by DETGUAQ at 9:00 AM

Najib Diberi Penghargaan Sebagai Bapa Transformasi Malaysia

Institut Pengarah Malaysia (MID) memberikan penghargaan khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran Bapa Transformasi Malaysia kerana kepimpimpinan transformasi beliau kepada negara.
Najib juga dilantik sebagai Felo Kehormat MID yang membolehkan beliau menyertai kumpulan elit Felo MID yang juga termasuk dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada majlis makan malam di sini.
Felo Kehormat itu disampaikan oleh Presiden MID Tan Sri Lim Kok Wing.
Najib diiktiraf kerana usaha-usaha beliau memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
MID memberikan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana kepimpinan inovasi beliau yang memberikan inspirasi amalan terbaik dalam tadbir urus kerajaan untuk mencapai transformasi menggunakan inovasi sebagai penggerak untuk status baru global.
Tokoh-tokoh korporat utama yang menerajui sesetengah syarikat yang paling dinamik di negara juga diberikan penghargaan pada majlis itu kerana inovasi perniagaannya di peringkat antarabangsa.
Sebanyak 17 syarikat yang meliputi pelbagai sektor seperti penerbangan, automotif, perbankan, kewangan, pelbagai pelaburan, pendidikan dan penjagaan kesihatan menerima anugerah Kepimpinan Inovasi dalam Globalisasi daripada Perdana Menteri.
– BERNAMA

0 comments on "Dato' Seri Najib di Gelar Bapa Transformasi"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez