SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

14 June 2011

Masyarakat Siam akan Terus Sokong BN diKedah.

Posted by Anonymous at 6:27 PM
Barisan Nasional (BN) Kedah yakin mampu meraih 100 peratus sokongan masyarakat Siam di negeri ini dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan kegagalan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) menunaikan janji dan menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat itu sejak memegang tampuk pentadbiran negeri pada 2008.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dalam pertemuannya dengan 50 pemimpin Siam daripada 44 wat perkampungan di seluruh Kedah di sini semalam, mereka memberi jaminan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melalui UMNO serta menjadi undi deposit tetap parti itu menjelang pilihan raya umum (PRU) ke -13.

Menurutnya, BN Kedah bagaimanapun memohon Kerajaan Pusat untuk mempertimbangkan beberapa tuntutan yang dipohon masyarakat Siam Kedah bagi memastikan sokongan yang diberikan lebih kukuh.

“Dalam pertemuan selama lebih sejam tadi (semalam), pemimpin masyarakat Siam diketuai Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong menyerahkan satu memorandum yang menyenaraikan tuntutan masyarakat Siam Kedah kepada saya untuk diserahkan kepada Perdana Menteri nanti.

“Antaranya menggesa Kerajaan Pusat menjelaskan pengertian status bumiputera yang dimiliki masyarakat Siam secara terperinci bagi menyelesaikan pelbagai urusan melibatkan persekolahan anak-anak Siam, permohonan mendapat biasiswa dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam atau permohonan tanah rizab Melayu,” katanya kepada media selepas pertemuan dengan pemimpin Siam Kedah.

Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz.

Ahmad Bashah berkata, masalah lain dihadapi masyarakat Siam ialah kesukaran pelajar cemerlang masyarakat mengisi borang aplikasi kemasukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) secara online disebabkan dalam senarai pilihan status kaum di dalam borang itu, tidak dicatatkan kaum Siam sebaliknya tertulis kaum ‘Thai’.

Menurutnya, kaum ‘Thai’ yang dinyatakan kebiasaannya merujuk kepada rakyat Thailand yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA negara ini dan susulan ketiadaan status Siam, ramai pelajar cemerlang kaum itu gagal mendapat tempat di IPTA.

“Akibatnya, UMNO dan pemimpin Siam terpaksa mengemukakan semula rayuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi bagi membolehkan pelajar terbabit melanjutkan pelajaran ke IPTA dan masalah ini perlu diatasi kerana masyarakat Siam diiktiraf sebagai bumiputera.

“Memorandum itu turut ditandatangani saya sendiri sebagai tanda sokongan daripada UMNO Kedah dan berharap segala permohonan diberi perhatian sewajarnya,” katanya

1 comments on "Masyarakat Siam akan Terus Sokong BN diKedah."

Mosal said...

Salam. Tahniah kepada Masyarakat Siam terutama di Sik yang terus memberi komitmen mereka untuk terus menyokong BN. Sokongan sebegini ditagih bagi menjamin kemenangan BN dalam PRU13 nanti.

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez