SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

12 June 2011

Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sik oleh Dato' Sri Hishammudin Tun Hussien Onn.

Posted by DETGUAQ at 5:54 PM
11/06/2011

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sik bagi sessi 2010/2011 telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Dewan Al-Jabbar IKM, Sik oleh Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato' Sri Hishammuddin pada pukul 2.45 petang.

Dalam ucapannya belia banyak menyentuh sejarah yang ada kaitan dengan UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO yang pernah beliau terajui ketika kemelut dalam UMNO rentetan dari pemecatan Timbalan Presiden dan Dato' Seri Zahid Hamidi yang ditahan dibawah ISA ketika itu.  Beliau berharap peristiwa serupa tidak akan berulang lagi.  Beliau menyorot bagaimana ketika itu ahli-ahli pemuda hilang semangat parti sehingga terasa amat malu untuk menyarungkan apa sahaja pakaian yang berlambangkan UMNO.  Atas usaha beliau selama 6 bulan seperti yang dijanjikan kepada Presiden, akhirnya sayap UMNO itu kembali pulih dan terus bersemangat untuk menjadi suara pendesak.  Beliau juga menyorot bagaimana mukanya di ludah ketika di Permatang Pauh, tetapi di sambut dengan sebegitu hangat ketika diKampung Selamat, Teloi Tua.  Kenangan itu sentiasa terpahat di jiwa beliau dan beliau juga akui ramai dikalangan pemimpin Pemuda UMNO yang beribu-bapa angkatkan orang Kampung Selamat kini menyandang jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan kini.





























































0 comments on "Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sik oleh Dato' Sri Hishammudin Tun Hussien Onn."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez