SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

17 June 2011

Timbalan Presiden Tempelak Kerajaan Negeri.

Posted by DETGUAQ at 8:13 PM

16 Jun, 2011 17:31 PM
Kenyataan Mat Sabu Mengenai Penyelewengan Di Kedah Dan Kelantan Mengejutkan : Ahmad Bashah
ALOR SETAR, 16 Jun (Bernama) -- Kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tentang isu penyelewengan dalam pentadbiran di Kedah dan Kelantan, dua negeri yang diperintah oleh parti itu, harus membuka mata rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Mohamed Hanipah.

Beliau berkata apa yang mengejutkan ialah kenyataan itu dibuat oleh seorang pemimpin kanan parti itu sendiri dan bukannya oleh Barisan Nasional.

"Itu adalah kenyataan daripada pemimpin hebat mereka. Jadi rakyat perlu lihat dengan jelas tentang kenyataan itu dan mereka boleh menilai sendiri kepimpinan kerajaan negeri.

"Dulu kita (BN) pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu tetapi dinafikan oleh PAS, dan hari ini pemimpin mereka sendiri yang keluarkan kenyataan itu, maknanya apa yang kita katakan sebelum ini adalah betul," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek bagi pembinaan Dewan Umno Taman Wira Mergong di sini pada Khamis.

Ahmad Bashah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Mohamad yang disiarkan dalam sebuah laman portal pada 10 Jun lepas bahawa PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti diamalkan di Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran di Kelantan dan Kedah.

Mohamad Sabu turut melahirkan kebimbangan bahawa ada anggota Exco atau Anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti itu yang memohon tanah, didakwa terlibat dengan penyelewengan balak dan berebut mahukan gelaran "Datuk".

Dakwaan Mohamad itu dijawab oleh Muhammad Sanusi Md Nor, setiausaha politik kepada Menteri Besar Kedah, yang berkata apa yang didakwa oleh Mohamad Sabu itu tidak berlaku dalam kalangan pemimpin PAS di Kedah.

Ahmad Bashah memuji Mohamad Sabu kerana berani mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Kalau tidak ada kenyataan itu, mereka (PAS) akan terus menuduh kita," katanya.

-- BERNAMA

0 comments on "Timbalan Presiden Tempelak Kerajaan Negeri."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez