SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

07 July 2011

Bersih tetap pertubuhan haram

Posted by detguaq12 at 3:45 PM

Bersih tetap pertubuhan haram

KLANG 6 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap kekal sebagai sebuah pertubuhan haram kerana ia tidak pernah didaftarkan.
Justeru, Perdana Menteri berkata, sebarang rancangan kumpulan terbabit untuk mengadakan perhimpunan secara tertutup termasuk di Stadium Merdeka adalah bergantung kepada keputusan pihak berkuasa terutama polis.
''Sekiranya terdapat permohonan rasmi, kumpulan itu juga perlu patuh kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti pihak yang memohon mestilah merupakan sebuah pertubuhan berdaftar.
''Kita serahkan kepada pihak berkuasa terutama polis untuk menentukan dari segi keselamatan dan sebagainya. Polis akan kenakan syarat keselamatan demi kepentingan orang ramai dan keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia dan Pusat Penyelidikan Keusahawan Wanita Cina Malaysia di Dewan Persatuan Hokkien di sini, petang ini.
Perdana Menteri ditanya mengenai keputusan terbaru Bersih yang bercadang mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka selepas membatalkan rancangan awal mengadakan perhimpunan haram di jalan raya pada Sabtu ini.
Najib menjelaskan, pihak berkuasa akan membuat keputusan sekiranya terdapat permohonan rasmi daripada pihak terbabit. bagaimanapun setakat ini belum ada permohonan diterima.
''Sebarang keputusan akan dibuat oleh pihak berkuasa, saya katakan kerajaan dan ia boleh jadi mana-mana satu. Kerajaan tidak bermakna saya secara spesifik," katanya.

0 comments on "Bersih tetap pertubuhan haram"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez