SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

12 July 2011

BN P.Pinang Perhebat Program Turun Padang

Posted by DETGUAQ at 10:00 AM

11 Julai, 2011 13:58 PM

NIBONG TEBAL, 11 Julai (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan memperhebatkan program pemimpin turun padang untuk mendekati masyarakat setempat terutama di kawasan pembangkang agar dapat menawan semula kerajaan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pulau Datuk Teng Hock Nan berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima BN, aktiviti turun pandang itu memberi impak positif apabila ramai rakyat yang ditemui meluahkan masalah masing-masing.

"Kita akan memperhebatkan lagi program ini supaya matlamat program ini dapat dicapai sebaik mungkin iaitu menawan Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas menyertai program tinjauan mesra BN di Nibong Tebal di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan 300 pemimpin serta jawatankuasa BN negeri yang meluangkan masa mempromosikan semangat kerjasama kepada masyarakat setempat serta mengedarkan 2,000 beg pelbagaiguna untuk kemudahan membeli-belah.

Sementara itu Zainal berkata aktiviti turun padang itu dijalankan di semua kawasan parlimen di negeri ini dan BN sedang berusaha meningkatkan sokongan Melayu dan menarik kembali sokongan kaum Cina dan India.

-- BERNAMA

0 comments on "BN P.Pinang Perhebat Program Turun Padang"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez