SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

10 July 2011

Hentikan hasutan melalui SMS, Twitter dan Facebook

Posted by Anonymous at 7:43 PM



Hentikan hasutan melalui SMS, Twitter dan Facebook

10/07/2011 7:00pm

JOHOR BAHRU 10 Julai — Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pihak tertentu agar menghentikan perbuatan menghasut rakyat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), twitter dan facebook untuk membalas dendam selepas kegagalan perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, perbuatan itu amat berbahaya sekaligus boleh menimbulkan kekacauan dan harus dihentikan segera.
"Kita minta rakyat supaya fikir dengan baik dan bersama-sama memelihara keamanan negara. Tugas dan tanggungjawab itu bukan di bahu pihak polis sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) ke-7 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.
Selepas perhimpunan itu katanya, terdapat pihak menyebarkan hasutan dan provokasi melalui tiga medium tersebut termasuk kenyataan berunsur perkauman dan menanam kebencian terhadap kerajaan. — Bernama

0 comments on "Hentikan hasutan melalui SMS, Twitter dan Facebook"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez