SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

05 July 2011

UMNO Sik telahpun Menggerakkan Jentera Pilihanrayanya

Posted by Anonymous at 8:06 PM
05/07/2011
04 Julai, 2011 12:20 PM
UMNO Kedah Mula Gerak Jentera Pilihanraya
LANGKAWI, 4 Julai (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Kedah mula mengerakkan jentera pilihan raya dengan mengarah semua bahagian menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya peringkat peti undi dalam persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata penubuhan jawatankuasa sebanyak 672 peti undi di seluruh Kedah dapat diselesaikan dalam minggu pertama atau kedua bulan ini.

"Kita telah mengeluarkan arahan dan peruntukan kepada semua bahagian Umno Kedah supaya mengambil tindakan menubuhkan jawatankuasa itu", katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas badan itu di sini malam Ahad.

Beliau berkata pada masa sama, jawatankuasa peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga telah ditubuhkan.

"Bilik-bilik gerakan telah diwujudkan peringkat negeri dan bahagian dengan dilengkapi maklumat lengkap seperti pengundi dan daerah mengundi," katanya.

Ahmad Bashah berkata senarai pengundi terkini yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah diedar ke semua bahagian.

"Selain itu Jawatankuasa peringkat pusat akan melawat Kedah yang dijadual pada pertengahan bulan ini untuk melihat persiapan negeri ini," katanya.

Mengenai lawatan Najib ke Kedah pada 28 Julai ini, beliau berkata perbincangan mengenainya telah dibuat dan aturcara lawatan akan dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri untuk mendapat persetujuan.

-- BERNAMA

Sebagai menyahut pengumuman oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah diLangkawi semalam, UMNO Bahagian Sik terus menggerakkan seluruh jentera pilihanrayanya dengan segera.  AJK DM telahpun ujud dan sedang menjalankan tugas masing-masing dan lapuran dari DM sentiasa dikemaskinikan oleh pentadbir di Pejabat UMNO Bahagian, manakala Bilik Gerakan Pilihanraya telahpun bersiap sedia sebulan yang lalu dimana bilik berkenaan telah di tepung tawar oleh Naib Presiden UMNO, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussien semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagiajn Sik pada 12 haribulan Jun yang lalu.

Manakala petang ini saya telah mengadakan satu mesyauarat khas bersama AJK UMNO Bahagian Sik berhubung dengan arahan dari UMNO pusat yang telah di salurkan melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah sebelum satu mesyuarat penuh AJK UMNO Bahagian Sik dalam masa yang terdekat ini.







0 comments on "UMNO Sik telahpun Menggerakkan Jentera Pilihanrayanya"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez