31 May 2010

SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 19

Sedang berada di hadapan Balai Polis Sik bersama-sama dengan
Penghulu Mukim Jeneri dan Pengerusi JKKKP Kg Kuala Ruman


Kedai makan milik pelatih PUSTIKA.  Sila singgah untuk merasai
masakan merekayang sedap.
Sedang berbual dengan Pegawai Agama Daerah Sik, yang mengadakan 
kenduri kesyukuran di perkarangan Pejabat Agama daerah Sik
Klinik rakyat
KUNJUNGAN KASIH: Melawat salah isteri kepada seorang sahabat
yang mengalami barah payu dara di Kg Charok Damar Sik.
Turut berada di situ ialah Pengerusi JKKKP Kg Charok Damar, Encik Mustafa



Sedang mendengar talkin di bacakan ketika berada di perkuburan 
Islam Pekan Sik.  Ironinya pasangan ini seumpama berjanji
sehidup semati bilamana kematian isteri di ikuti oleh suami  selepas 
empat jam isterinya meninggal.  Al Fatihah.








IBU HARAPAN

Saya terpanggil untuk mengubah terma yang sudah sekian lama sebati di bibir rakyat apabila kita merujuk kepada wanita samada di ceraikan suami atau kematian suami mereka.  Panggilan ibu tunggal tidak di nafikan membolehkan mereka yang memanggil dan mereka yang di panggil faham dengan istilah itu.  Tetapi tidak di nafikan juga ianya banyak juga menjadi terma yang membawa maksud negatif dan 'demotivated'.

Kerapkali pihak ibu yang mengalami kedua-dua situasi merasa agak terganggu apabila di panggil ibu tunggal.  Ia seolah-olah satu ukuran yang menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri dan terpinggir.  Ada yang mengadu merasa terhiris dan pilu apabila di sebut sebagai ibu tunggal.  Mereka berkata bahawa sebutan itu agak condong kepada pengertian yang lekeh.  Anak-anak juga selalunya malu apabila di tanya status keluarga mereka apabila terpaksa menyebut  bahawa ibu umi mereka ialah ibu tunggal.  Apatah lagi apabila di ringkaskan kepada IT.

Tanyalah kepada mereka yang rajin mengungkap ringkasan IT ini.  Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai singkatan huruf IT ini dengan kaitan negatif yang terhasil.  Maka terlintas di hati saya mengapa harus di biarkan mereka dalam situasi ini secara berterusan, sedangkan ianya hanya sebutan yang di lontarkan melalui bibir.  Dan tidak terlalu sukar untuk kita mengubah termanya kepada terma yang membawa maksud yang lebih positif dan membuatkan semangat mereka, keluarga mereka, anak-anak mereka dan masyarakat seluruhnya.

Pada saya Ibu Harapan adalah amat sesuai dan dekat dengan situasi kehidupan mereka sebagai ketua kepada sebuah keluarga yang nakhoda asalnya telah menyahut panggilan Illahi ataupun mengubah haluan untuk mencari kehidupan baru.

Apabila suami meninggal atau mereka di ceraikan, adalah amalan biasa si ibulah yang akan menjadi penafkah utama.  Anak-anak tiada pilihan selain dari mengharapkan ibu sebagai pemburu rezeki penyambung hidup penyumbang nafkah.  Maka tidak salah pada saya malah saya rasa amat bertepatan jika panggilan Ibu Tunggal yang selama ini menjadi bidalan yang mewakili wanita-wanita berkenaan kini kita tukar termanya dengan memanggil IBU HARAPAN agar mereka kembali bersemangat untuk terusw menerajui keluarga.

Lalu melalui blog saya ini saya dengan ini ingin mencadangkan secara rasmi supaya panggilan kepada ibu-ibu  tunggal di tukar kepada IBU HARAPAN.  dan mana-mana Persatuan Ibu Tunggal di tukar kepada Persatuan Ibu Harapan.

27 May 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT


Petang semalam, bertempat di Asrama Jururawat telah di adakan sambutan Hari Jururawat peringkat Hospital Sik walaupun ianya telahpun berlalu seminggu yang lepas iaitu pada 15hb Mei.  kelewatan ini di sebabkan pihak kakitangan Hospital Daerah Sik dalam kesibukan sepanjang minggu lepas.

Sebagai ADUN Belantek merangkap Ketua UMNO bahagian Sik saya telah mengambil inisiatif untuk turut sama menyambut Hari Jururawat bersama-sama mereka sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti mereka yang semua kita ketahui bukan semua orang sanggup melakukan tugas seperti yang mereka lakukan.
Puan Pengarah Hospital, Puan Sarimah Shamsudin serta Ketua Jururawat
yang juga orang tempatan Sister Saarah Awang Kecik serta di temani 
wartawan Sinar, Cik Noor Fateehah di ajak berbual mengenai
perkembangan semasa Hospital Sik
Sebagai tanda ingatan saya telah menghadiahkan sebiji kek dan juga sedikit sumbangan
wang bagi menampung perbelanjaan mereka ketika mengadakan sambutan hari Jururawat.


Matron Puan Norazah sebagai wakil Jururawat turut menyumbangkan 
cenderahati kepada YB Mohd Tajudin.

HARI BERTEMU PELANGGAN PPK SIK

Julung-julung kalinya di Sik, stesen perhentian teksi/bas telah di pilih sebagai vanue untuk majlis yang berpendekatan mesra rakyat.  Atas inisiatif UMNO Bahagian Sik yang bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Sik telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di tempat berkenaan.
Sebelum itu pihak UMNO Sik yang di wakili oleh saya selaku Ketua UMNO Bahagian Sik bersama-sama denga nsetiausaha UMNO Bahagian Sik, Ustaz Bakri juga di temani dengan pegawai dari FAMA Daerah Sik telah mengadakan kunjungan hurmat kepada Pegawai Daerah Sik yang baru sahaja di tukarkan, iaitu Tuan Haji





Dalam majlis ini beberapa orang pekebun telah di bantu dengan beberapa mesin seperti pemotong rumput berenjin melalui sumbangan PPK Daerah Sik





Ada juga yang menerima sumbangan Gergaji Enjin Berantai bagi tujuan membantu mereka yang kerap mengambil upah memotong pokok di kampung-kampun sekitar Daerah Sik.


Gerai-gerai pameran produk keluaran pengusaha-pengusaha
kecil bumiputera turut di pamer serta di promosikan.