Mesyuarat Bulanan Pengurusan


Selepas dari majlis perasmian kem motivasi dan bertemu dgn wakil penduduk Kampung Lubok Besar, saya telah mengadakan satu mesyuarat pengurusan bersama kakitangan pejabat UMNO Bahagian Sik.  Mesyuarat ini memang saya sentiasa adakan bagi mendengar segala maklumat dan aduan yang sekiranya ada akan segera secara pasukan kami selesaikan, terutama hal mengenai pentadbiran dan pengurusan pejabat.

Mendengar dan Meneliti....Cadangan Laluan Berturap di Kampung Lubok Besar


Selepas turun ke bawah dan meneliti sendiri keadaan di Lubok Besar pad aminggu yang lalu dengan beberapa tindakan segera telah di ambil terutama mengenai talian elektrik dan kebajikan warga tua, hari ini beberapa wakil penduduk Kampung Lubok Besar datang menemui saya di Pejabat UMNO Sik dengan membawa pelan cadangan asas untuk laluan yang di cadangkan, di mana laluan-laluan yang di cadangkan pada saya memang amat perlu utk di realisasikan dalam masa yang terdekat sekiranya mendapat kelulusan dan peruntukan dari Kementerian yang berkaitan.





Merasmikan Kem Motivasi UPSR SK Padang Cicak di KEDA Resort Bendang Man

Alahmdulillah, petang semalam (29/07/2010) satu lagi Kem Motivasi anjuran KEDA Zon 4 telah berjaya di adakan. Kem ini adalah inisiatif saya selaku ADUN dan Pegawai KEDA Zon 4, Encik Haron Abd. Aziz. Program selama 3 hari ini yang bermula semalam(Khamis). Turut hadir untuk memberi semangat kepada murid-murid SK Padang Cicak ialah mantan YB, Encik Ismail Haron(Penghulu Ismail). Saya ucapkan terima kasih terhadap beliau yang turut menyokong dan menyuntik semangat terhadap program-program sebegini.















29 July 2010

Singgah ke Rumah Setiausaha JKKKP Gulau


Bagi mendapatkan perkembangan terkini serta maklumat tepat tentang apa yang sedang berlaku di Gulau, saya telah singgah ke rumah Kak Hapsah yang juga setiausaha JKKKP Gulau dan kerana waktu itu waktu tengahari, saya juga di jemput untuk makan tengahari di rumah beliau.

 Bersama suami dan anak beliau






Antara menu yang cukup enak semasa menjamu selera ialah ikan talapia yang di buat pekasam.  Oleh kerana pekasam ini adalah di sediakan sendiri oleh beliau, rasa ikan pekasam tersebut amatlah enak serta baunya semasa di goreng amatlah harum.  Manakala sup ayam yang di reneh juga amatlah sedap.  Terima kasih Kak!