Mesyuarat ini di adakan pada pukul 10.00 pagi dan di hadiri oleh semua wakil-wakil agensi Kerajaan Persekutuan, kecuali wakil dari FAMA kerana ada perkara lain yang tidak dapat di elakkan. Namun mesyuarat tetap berjalan dan padat dengan agenda yang sedenyut dengan nadi rakyat Sik, iaitu agrikultur.
Antara perkara berbangkit ialah berkenaan bantuan kepada petani dan penternak yang terjejas ekoran banjir lumpur yang melanda beberapa kawasan sawah/bendang dan sayur-sayuran di Sik. Kawasan laluan aliran ganas air juga turut di timbulkan untuk di masukkan dalam bancian, kerana walaupun air tidak bertakung, tetapi padi yang rebah dan sayur-sayuran yang rosak akibat air yang melanda secara ganas telah menyebabkan padi tidak dapat di tuai dan sayur-sayuran tidak mendapat pulangan.
Projek ikan air tawar seperti keli, puyu, talapia merah dan ikan
hiasan turut di sentuh
Cili fertigasi yang membawa hasil yang memberangsangkan turut
di bincangkan untuk terus di kembangkan projek ini kepada
rakyat Sik yang berminat
Pihak JPS turut memberi taklimat semasa mengenai keadaan
sungai-sungai yang menerima kesan dari arus deras yangmengakibatkan banjir
di mana beberapa bahagian tebing yang runtuh di hakis telahpun dan
sedang di baikpulih.
Kali ini pihak Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia cawangan Kedah turut menghantar wakilnya untuk memberi penjelasan kepada ahli majlis mesyuarat mengenai industri nenas negara dan spisis nenas yang sesuai untuk di tanam di tanah-tanah seperti di Sik. Beliau maklumkan bahawa kini terdapat 4 orang usahawan telahpun pada peringkat pertengahan projek dan di jangka mereka akan mula menuai hasil pada hujung tahun ini. Sempena Ramadhan AlMubarrak ini, YB Mohd
Tajudin telah sempat menyampaikan buahtangan kepada
ahli majlis mesyuarat.
Encik Mazlan Ahmad selaku setiausaha MPPPSik sedang menerima
cenderahati berupa buah kurma dan kain pelikat.
Wakil Jabatan Pertanian turut menerima sumbangan.
Turut menerima ialaha wakil dari Jabatan Parit dan Saliran
Wakil dari Jabatan Vaterina Sik juga mendapat sumbangan
cenderahati yang sama
Agro Bank yang tidak kerap menghadiri mesyauarat melalui
pegawai yang mewakili mereka sudah tentunya tidak terkecuali
mendapat sumbangan dari YB.
Wakil dari MARDI sedang menerima sumbangan dari YB.
Enck Muhd Zakwan juga turut di beri sekotak kurma dan
sehelai pelikat.
Pegawai Perikanan Sik, Encik Othman Husin sedang
menerima sumbangan dari YB
Pegawai dari TEKUN(Man Tekun) juga menerima sumbangan
yang sama.
0 comments on "Mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sik"
Post a Comment