31 January 2011

Mesyuarat Pengurusan dan Jawatan Kuasa Bertindak Bagi Lawatan Tim. Peng. BPUNK

31/01/2011 - 9.00 malam di pejabat sementara UMNO Bahagian Sik.
 Antara agenda yang di bincangkan ialah mengenai sambutan Gong Xi Fa Cai oleh Barisan Nasional Sik, Lawatan Dato' Mukhriz Tun Mahathir Ahli Parlimen Jerlun merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah ke Daerah Sik yang di jadualkan pada 18/02/2011 nanti dan lain-lain perkara.



Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal BPUNK

31/01/2011- 4.30 petang, Bangunan UMNO Kedah, Alor Setar.






Majlis Perpisahan Pengurus Besarr LPP Sik.



Tenghari tadi pihak Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sik(MPPPSik) yang di pengerusikan oleh saya telah mengadakan satu majlis untuk meraikan Pengurus Besar LPP, Encik Mazlan yang telahpun di tukarkan ke kembali ke Ibu Negara kerana di naikkan pangkat oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani.















Beliau yang tiba dari Jerlun kerana ada tugas yang perlu di buat atas arahan pegawai atasan terus di sambut oleh Lembaga Pengarah LPP Sik, Ahli-ahli MPPPSik dan kakitangan LPP Sik yang menunggu beliau di Lata Mengkuang.  Lokasi ini sengaja di pilih kerana dalam cuaca panas kemarau, Lata Mengkuang cukup nyaman walaupun pada waktu tengahari.  Dan sekitaran lata Mengkuang amat sesuai untuk majlis yang penuh makna ini.















Kami mengadakan majlis ini adalah terutamanya untuk menyampaikan rasa terimakasih atas khidmat beliau yang cemerlang kepada rakyat Sik terutamnya kepada usahawan usahawan IAT Sik.  Terima Kasih Encik Mazlan, semuga terus maju jaya dalam kerjaya dan kehidupan.  Jasa anda tidak pernah akan kami lupakan.