Nadi Kasih Terus Berdenyut Kencang

Kampung Durian Burung, rumah nenek Rokiah Binti Abas.  Rumah beliau sebelum ini hanya menanti masa untuk bumbungnya ranao akibat dari seluruh kayu kekuda bumbungnya telah reput teruk dilahap oleh anai-anai.  Alhamdulillah, hari ini atas semangat gotong-royong seluruh Ahli Jawatankuasa dan Pengerusi JKKKP Kampung Durian Burong, Ustaz Bakri Hassan telah memenuhi masa emas mereka hari ini dengan menolong secara suka-rela dan bergotong-royong untuk menggantikan bumbung rumah nenek Rokiah. 

Wajah riang yang terpancar ketika saya sampai kerumah nenk Rokiah sudah cukup untuk memberi isyarat bagaimana gembiranya hati seorang insan yang lemah yang dapat dibantu untuk mengatasi kerumitannya hasil dari keperihatinan kerajaan persekutuan dibawah kepimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dibawah program NADI KASIH.  Program yang benar-benar menunjukkan keikhlasan pihak kerajaan persekutuan dalam mengatasi setiap masaalah rakyat.

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"


















Pelepasan Kayuhan Basikal Mesra 1Malaysia

29/10/2011 - Padang Awam Sik.  Peserta seramai 80 orang bersama lebihkurang 15 orang pegawai dan urusetia.  Turut hadir ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, Encik Zailan. Manakala pengarah projek ialah Encik Sharhan.  Saya bercadang untuk menubuhkan Kelab Komuniti Berbasikal Sik setelah melihat kesungguhan pelbagai lapisan umur masyarakat Sik yang menyertai kayuhan ini.