Pada sebelah petang itu juga telah diadakan satu mesyuarat resmi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian SIK yang dipengerusikan sendiri oleh saya. Turut hadir ialah Timbalan Ketua bahagian, dan juga Naib Ketua bahagian serta seluruh Ahli Jawatankuasa Bahagian.
27 October 2009
SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 2
Pada tarikh 26/10/2009, saya telah berkesempatan bertemu dengan ahli-ahli dari Yayasan Tunku Abdul Rahman, dipengerusikan oleh Tan Sri Dato Panglima Abdul Rashid Abdul Rahman. Yayasan ini mengusahakan tanaman getah bersamaRisda diKota Aur sebagai pendapatan sampingan dimana sebahagaian daripada pendapatan dari hasil getah akan disumbangkan sebagai dana kebajikan.
26 October 2009
SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 1
Ketika bertemu rakyat diBatu 5, Sik ketika melawat seorang
kenalan yang mesra dengan panggilan Man Forest, bekas
kakitangan jabatan hutan yang baru kehilangan seorang ibu.
JEMPUTAN KEMAJLIS PERKAHWINAN
Sebaik selesai mesyuarat perhubungan dipejabat UMNO Negeri saya terus berkunjung kerumah yang dimaksudkan yang terletak diKampung Beris Jaya.
Selamat Pengantin Baru
24 October 2009
MESYUARAT PENGERUSI UNIT PENYELARASAN BAHAGIAN-BAHAGIAN
Pagi ini saya telah mempengerusikan satu mesyuarat peringkat Negeri Kedah berkaitan dengan Daftar Pemilih di Pejabat UMNO Negeri Kedah, diAlor Setar. Mesyuarat berakhir pada pukul 12.30 tengahari setelah dimulakan pada pukul 10.30 pagi.
MESYUARAT UMNO BAHAGIAN SIK
Pada sebelah petang, 23/10/2009, saya telah mempengerusikan mesyuarat khas mingguan dengan AJK Bahagian UMNO Sik bagi mendengar isu-isu berbangkit yang terkini
PROTES RAKYAT KAMPUNG LAHAR, SIK.
Pagi-pagi lagi saya berkejar kekampung Lahar, Jeniang kerana diberitahu ada kejadian tanah runtuh. Sampai ke rumah Ketua Cawangan, yang juga JKKP disitu, saya terus dibawa ketempat berkenaan. Walaupun keadaan agak mencabar kerana tebingnya yang curam dan tidak stabil, saya dan rakyat sekitar yang ada menunggu ssaya disutu sampai ketempat yang dimaksudkan bersama-sama tuan tanah yang mengadu.
MENYIASAT ADUAN RAKYAT TERHADAP LALUAN SIK-GURUN
Selepas menemui rakyat dan meladeni rungutan dan aduan diKampung Lahar, seperti dijanjitemukan pihak JKR Kuala Muda/Sik bahagian jalan telah datang bertemu kami hujung Jambatan diPekan Jeniang untuk bersama-sama saya bagi menyiasat temapt-tempat tertentu disepanjang laluan di antara Pekan Jeniang sehinggalah kePekan Sik yang berkahir dihadapan Padang Awam, Sik.
PROGRAM APLIKASI TEKNOLOGI ZON UTARA
TAKLIMAT MESYUARAT MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN SIK
Pada 22/10/2009 yang lepas saya telah menghadiri satu taklimat penting dan berfaedah untuk rakyat Sik yang rata-rata terdiri dari peladang dan pekebun. Taklimat ini bagi menerangkan teknologi-teknologi terkini dan canggih yang lebih mesra pengguna dan teknik-teknik penggunaan mesin yang lebih efektif
LAWATAN KERJA PRA-MAJLIS LOY KRATHONG
21/10/2009
Saya tiba keWat Siam Kampung Begia pada pukul 3.45petang. Telah menunggu disana Senator Dato' Siw Chun Eam, Budhi yang juga AJK Bahagian Sik dan beberapa ahli jawatankuasa Sambutan Perayaan Loy Krathong peringkat Negeri Kedah. Beberapa perkara tertangguh telah dapat saya kendalikan dengan segera seperti penyediaan khemah-khemah yang saya uruskan dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, dimana Pengarah JKR negeri telah membenarkan saya untuk berurusan dengan terus dengan Jururtera JKR Kuala Muda/Sik, En. Fadhil Mohd Dashah. Kemudiannya timbul pula isu permit polis dimana saya terus menghubungi Ketua Polis Daerah Sik, DSP Zaidong Mustaffa yang secara lisan menerangkan tiada masaalah untuk mengeluarkan permit sekiranya permohonan bertulis diserahkan kepada pihak polis daerah Sik dan juga saya juga telah berurusan dengan Pegawai Daerah Sik untuk memohon tambahan khemah dan juga dekorasi lanskap semasa hari perasmian kelak.
Saya dimaklumkan oleh Senator Dato', bahawa beliau telah menjemput Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia untuk merasmikan majlis berkenaan pada 6hb November 2009 nanti.

KASIH IBU SEPANJANG HAYAT, KASIH BAPA TIADA GANTI
Walau dalam kesibukan saya mengejar masa, namun lambaian hati sang Ibu dan laungan nurani sang Ayah menyebabkan diri saya resah merindui untuk menemui mereka tatkala ada ruang untuk saya singgah keteratak dimana saya dibesarkan.
Kalau dikutkan mahu sahaja saya berdamping selalu dengan mereka berdua yang telah membesarkan saya dengan segala susah payah beserta kudrat tulang empat kerat. Ayah dan emak saya adalah antara peneroka awal dikamnpung tempat tinggal saya. Kini bila usia memanjat masa, hanya satu yang saya pohon dari Allah, agar kesihatan mereka sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.

20 October 2009
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT
Pada hari Rabu yang lalu, saya sempat memenuhi beberapa program yang antaranya ialah jemputan keMajlis Rumah Terbuka beberapa agensi termasuklah Pejabat/Majlis Daerah Sik. Sementara itu disebelah petangnya pula saya sempat menemui seramai 15 borang mangsa ribut, 2 orang pesakit kronik dan seorang warga emas yang layak mendapat bantuan segera JKM untuk menyelaraskan bantuan oleh JKM.
SEBELUM MENGHADIRI MAJLIS BANTUAN
KEPADA MANGSA RIBUT, SAYA SEMPAT
MEMENUHI JEMPUTAN RUMAH TERBUKA
OLEH PEJABAT DAERAH/MAJLIS
DAERAH SIK