24 October 2009

MENYIASAT ADUAN RAKYAT TERHADAP LALUAN SIK-GURUN

Selepas menemui rakyat dan meladeni rungutan dan aduan diKampung Lahar, seperti dijanjitemukan pihak JKR Kuala Muda/Sik bahagian jalan telah datang bertemu kami  hujung Jambatan diPekan Jeniang untuk bersama-sama saya bagi menyiasat temapt-tempat tertentu disepanjang laluan di antara Pekan Jeniang sehinggalah kePekan Sik yang berkahir dihadapan Padang Awam, Sik.



Bermula dari masaalah banjir disebabkan parit dan longkang yang tersumbat serta tidak dibina mengikut amalan piawai, kami juga melihat persimpangan-persimpangan merbahaya yang memerlukan sistem trafik terkawal seperti lampu isyarat.  Ini bagi mengelakkan kemalangan yang sering berlaku semenjak siapnya laluan baru yang siap tetapi masih lagi dalam tempoh membaiki kecacatan(Defect Liabilty Period - DLP) oleh kontraktor berkenaan.  Malah terdapat juga permukaan jalan yang telah berlubang dan merekah yang akan merebak dan membesar sekiranya tiada kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Disatu lokasi berhadapan dengan Pusat Kesihatan Kecil Batu Sembilan, terdapat gigi jalan yang selalu menjadi temapt kemalangan terutamanya kepada penunggang motosikal kerana alur yang rapat dengan gigi jalan berkeadaan tidak jelas dan sepatutnya ada sempa dan jelas seperti 'curb' untuk keselamatan mereka.







Dalam kesibukan saya sempat singgah kekedai menjual
lemang dimana kana-kanak istimewa ini yang sudah
mengenali dan mesra dengan saya sempat saya layani.









No comments:

Post a Comment