10 December 2009

MAJLIS GRADUASI PUSAT LATIHAN KEDA,SIK

Pada 5/12/2009 yang lalu, pihak Pusat Latihan Teknikal Keda Sik(PUSTIKA) telah mengadakan hari Graduasi.  Pihak PUSTIKA telah menjemput saya untuk mengiringi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Y.B. Dato’ Haji Hasan Bin Malek (DSNS, DMSM, DSM, JP, KMN , AMN, PMC, PJK, BKC) untuk merasmikan Majlis berkenaan dan selanjutnya menyampaikan sijil-sijil dan sijil lanjutan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.

PUSTIKA menyediakan lima bidang pengajian vokasional yang sememangnya menjadi kegemaran penuntut memandangkan bidang-bidang ini sentiasa mendapat sambutan kerana ia adalah bidang yang menjadi keperluan kepada pasaran pekerjaan. Pengajian itu ialah motor-mekanik, kimpalan, sajian makanan, jahitan dan pengurusan hotel.































































No comments:

Post a Comment