Satu skim percuma bimbingan atau tuisyen untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil UPSR bagi tahun 2010 telah di lancarkan semalam(03/04/2010) oleh saya selaku Ketua UMNO Bahagian Sik. Skim ini adalah anjuran Berita Harian dan Tabong Haji yang melibatkan Daerah sik, Padang Terap dan Pengkalan Hulu.
Saya sedang berusaha untuk mendapatkan penaja-penaja dari kalangan korporat dan GLC Persekutuan yang lain untuk memperkembangkan lagi skim ini agar lebih ramai murid-murid yang akan menduduki UPSR tahun ini dapat menyertai skim tuisyen percuma ini dan menikmati kejayaan dalam akademik.
Salam. Satu langkah yang baik untuk meningkatkan pembelajaran anak-anak bagi menghadapi UPSR. Bagaimanakah pemilihan anak-anak dalam program ini? Adakah dipilih oleh pihak sekolah atau mengikut kampung-kampung di dalam parlimen Sik? Ini kerana ada waris yang mempunyai anak untuk UPSR 2010 tidak mengetahui tentang program yang dianjurkan.
ReplyDeleteSatu pendekatan pembelajaran yang baik. Tahniah
ReplyDeleteMinta YB melaksanakan secara berterusan.
ReplyDeleteTerima kasih YB. saya salah seorang tenaga pengajar (sains) pada klinik tersebut... Bangga atas keprihatinan YB. Pada pandangan saya, para pelajar di kawasan YB sememangnya hebat dan tiada kurangnya dengan pelajar di kawasan lain dari segi kemampuan untuk bereksplorasi dalam Sains UPSR walau ada kedapatan dari mereka berasa rendah diri terutama apabila memberi jawapan dalam bahasa Inggeris. Usaha perlu diteruskan untuk membawa mereka `keluar' bagi berdaya saing dgn pelajar2 yang lain. Tahniah warga SIK....
ReplyDelete