15 May 2010

Majlis Tilawah Al-Quran Anjuran KEDA Daerah Sik

Pada 13/05/2010 berlangsung satu Tilawah di perkarangan Surau Kampung Namek Tua, Sik untuk peserta-peserta di bawah umur 15 tahun.  Saya di jemput untuk merasmikan majlis berkenaan pada sebelah malamnya walaupun majlis berkenaan bermula pada sebelah petangnya lagi dengan pelbagai aturcara seperti nasyid.

Antara tetamu lain yang hadir ialah Y.Bhg Encik Abd Rahman Khalek
Ketua Pengurus Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Pembasmian
Kemiskinan KEDA.  Turut hadir ialah Yg. Berusaha En. Harun Abd.Aziz
Pegawai Pembangunan KEDA Zon 4 Sik.  Pengerusi JKKKP
Kg Namek Tua, Encik Fadzil Abd. Rahman adalah antara tenaga
utama di sebalik Tilawah ini.
















No comments:

Post a Comment