05 July 2010

MENONTON SKRIN BESAR DI KG POKOK JERAI, KG BETONG JENERI.

Seiring dengan musim Perlawanan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, saya yang juga di antara ratusan juta peminat sukan bolasepak tidak akan melepaskan peluang sekiranya ada masa terluang untuk menyaksikan siaran di mana-mana  medium, baik di TV1, TV2 mahupun melalui TV berbayar.
Dua malam yang lalu saya berkesempatan menyaksikan perlawanan yang di siarkan secara langsung melalui skrin gergasi yang di pasang di Kampung Pokok Jerai, Kampung Betong dalam DUN Jeneri.  Walaupun keputusan tidak memihak kepada pasukan pilihan saya, namun saya tetap terhibur melihat ramai rakan-rakan saya mengerumuni khmeah-khemah yang di seiakan oleh Pemuda UMNO Sik, di bawah pimpinan Sdr Mahadzir Abd Hamid, yang juga penyelaras DUN Jeneri.



No comments:

Post a Comment