Bagi mendapatkan perkembangan terkini serta maklumat tepat tentang apa yang sedang berlaku di Gulau, saya telah singgah ke rumah Kak Hapsah yang juga setiausaha JKKKP Gulau dan kerana waktu itu waktu tengahari, saya juga di jemput untuk makan tengahari di rumah beliau.
Bersama suami dan anak beliau
Antara menu yang cukup enak semasa menjamu selera ialah ikan talapia yang di buat pekasam. Oleh kerana pekasam ini adalah di sediakan sendiri oleh beliau, rasa ikan pekasam tersebut amatlah enak serta baunya semasa di goreng amatlah harum. Manakala sup ayam yang di reneh juga amatlah sedap. Terima kasih Kak!
0 comments on "Singgah ke Rumah Setiausaha JKKKP Gulau"
Post a Comment