07 October 2010

Jalan Nami-Belantek Merbahaya.

Sejurus selesai jamuan, saya mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan jalan yang di maklumkan kepada saya yang bahunya semakin merbahaya akibat di hakis air sehingga boleh membahayakan kenderaan yang lalu lalang.

 Jika semalam saya di maklumkan bahawa tanah yang runtuh semakin menghampiri bahu jalan, tetapi oleh kerana di mangkinkan oleh hujan yang turun berterusan, runtuhan dengan cepat sudah meratah sebahagian dari tepi jalan.
Ketika tiba. hujan masih lagi turun, membuatkan saya tiada pilihan
ketika hendak melihat dari dekat keadaan sebenar runtuhan melainkan
meredah juga hujan yang turun kerana terlupa membawa payung atau topi
bersama kereta yang saya bawa pada hari itu.

 Sebaik menerima lapuran, saya terus memaklumkan perkara ini kepada Pengarah JKR Kedah, Tuan Ir. Rosland Abd Ghani, dia meminta saya berurusan dengan Jurutera Daerah Sik/Kuala Muda, Tuan Ir Mohd Fadhil Dashah mengenai hal yang berkaitan.

Dan saya telah di beri jaminan oleh Tuan Haji Ir Fadhil untuk bertindak segera bagi membaiki tebing yang runtuh.  Terima kasih JKR!!!

No comments:

Post a Comment