06 November 2010

Sejuk di Pluk.

Seba9k selesai sembahyang Maghrib, saya di ajak ke rumah salah se orang penduduk Kampung Pos Pluk bernama Talib.  Beliau cukup peramah dan cukup mengenali penduduk-penduduk di beberapa buah Kampung di situ.  Kami juga bertuah kerana turut di temani dan di bantu dari segi maklumat pengundi oleh cikgu Adai.

 Lain kali saya akan ke sini lagi, InsyaAllah untuk belajar menyumpit
buruan seperti burung dan kancil.
 panah sumpit ini sudah di celup dengan racun Ipoh.
tertusuk ke daging, dalam beberapa saat sahaja
akan maut!

 Mesyuarat terakhir bermula dengan aluan ringkas oleh Sdr Mahadzir
 Pengesahan terakhir pengundi-pengundi yang di temui 
di buat pengecaman secara lebih jelas.
 Selesai mesyuarat, kami terus ke khemah/GEDHOK
untuk menikmati masakan bertahap 'tinggi'.

 Kesejukan cuaca di Pluk seawal pukul 9.00 malam.



Akhirnya sebagai menghormati permintaan Cikgu Adai
dan Talib dan restu anak-anak buah, saya menerima jemputan 
mereka untuk tidur di rumah cikgu Adai beralaskan tikar di atas 
lantai buluh yangsungguh fleksibel.  Selesa tanpa perlukan tilam.

No comments:

Post a Comment