29 March 2011

Mari Bersembang Mari Berhubung: 1Malaysia

** Nampaknya YAB Dato' Seri Mohd najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia terus mengekslpoitasi internet melalui laman facebook dengan cara yang cukup berkesan serta positif.  Tahniah DSNTR.  Saya juga sentiasa mencontohi pendekatan yang di buat oleh YAB Perdana Menteri tapi dalam kapasiti yang bersesuaian dengan tahap saya sebagai ADUN dan Ketua UMNO Bahagian .


29 Mac, 2011 20:42 PM
Najib Jumpa Rakan Online Di Pulau Pinang Sabtu Ini
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Selepas bertemu dengan rakan onlinenya di Johor, Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan meneruskan sesi "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" (MBMB) di Pulau Pinang, Sabtu ini.

"Seronok apabila dapat berjumpa rakan-rakan online Sabtu lepas di Johor. Tidak sabar untuk MBMB Penang Sabtu ini," katanya dalam laman Facebook beliau.

Program MBMB merupakan program terbaru yang digariskan oleh Perdana Menteri bagi membolehkan beliau bersemuka dan berinteraksi dengan rakan online.

Sebelum ini, Najib telah mengadakan sesi MBMB di tiga lokasi iaitu Seri Perdana, Putrajaya, Sarawak dan Johor.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment